Thursday, January 31, 2013

Al-kisah selepas title P

Assalamualaikum?

        First of all, korangs semua nak kene wish congrats sekali lagi sebab kali nih memang sah sah aku dapat P dalam erti kata sebenarnya. muahahahaha. Just now, aku dapat text dari Kak Siti (cikgu) dia kata lesen sudah pun siap cuma dia nak mengato agak tak akan. Ha ha sebab sebab? Dia pregnant dol, kesian dia kehulur kehilir dengan perut besar dia. Mama pun cuak bila nak mengato aku kat sana, takut aku yang terberanak kan orang. Ehehh? Macam tahu-tahu jeh cita-cita tak jadi aku? muahahahahaha. Okay, mari kita teruskan sesi perbincagan.

         Yesterday, ecehh. Macam nak menyanyi lagu Beatles jeh eksen aku nih. ah! Okay, semalam pergi hospital melawat ayah su aka pakcik perasan muda nih. Dia kene admit dua hari yang lepas, sebenarnya dia dah lama sakit. Maksud aku, dia dah lama cuti atas sebab saranan doktor lah kan. Dengar dari perbualan mama&papa lah dia punya tulang terkehel dari kedudukan. Adoi, kalau doktor-doktor tahulah penyakit apa tuh. Sebab dia kerja bahagian painting so banyak duk tunduk-tunduk kan itu yang terkehel. Mama kata dulu pun dia pernah kene, memang sakit sangat dan aku mula terpinga-pinga sejak bila pulak doh? muahahahahaha.

          Seterusnya, haaa! Korang mesti tak faham dan macam tak maksud akal apa kene mengene perkara diatas dengan tajuk kan? muahahahaha. Aku pun. Oh tak! Ada kene mengene! Sebabnya, semalam aku pergi melawat dan semalam jugak lah aku merendek area Shah Alam. wah wah wah! Hebat gituh! Dibawah adalah perbincangan antara aku dan papa.

Aku:  Pa nanti nak bawak kereta boleh? Boleh lah eh? Boleh eh eh? *tayang gigi sambil buat muka* *serious hodoh*

Papa: Bawak kereta? middle of night? *buat tayangan gigi jugak* Nope thanks. Please come again.

Aku: *muka frust seribu tahun* yelah yelah tunggu dapat lesen. *sambil tekan butang lif*

Sesampai sahaja di car park.....

Papa: Nah. Here's the key, ingat! Tekan break dulu.

Aku: *muka terkejut dalam hati loncat macam apa* Serious keh? Walaweh!
   
     *bunyi-bunyi sumbang dari Mem besar*

"Tak bahaya keh malam-malam bawak nih!"

"Tak payah lah pa!"

"Tunggu dia dapat lesen"

           Dan al-kisahnya aku bawak dengan hati riang. muahahaha. Tapi takdalah seriang kanak-kanak ribena sebab aku asyik dengar ada bunyi-bunyi yang paranoid. muahahahaha. Banyak bendalah dia tak puas hati, tengok kiri kanan semua. Selayaknya dia yang jadi JPJ. muahahahaha. Asyik tak puas hati aku bawak, padahal aku bawak takdalah membahayakan. Tengok papa muka rileks jeh, cuma bagi arahan suruh belok mana and naikkan speed, bab naikkan speed aku takut sikit. Kalau kereta saga tuh takpa! Inih unser! Bergadai nyawa jehla jawabnya. muahahahaha. Kereta tuh macam unstable bila aku bawak lebih 80km/j. Then dengarlah jeritan, bawak elok-elok sikit nih kiri kanan kiri kanan. Grr! orang dah cakaplah kereta! Bukannya orang buat suka-suka! aku bwk 40km/j bising perlahan sangat nanti terlanggar dengan orang yang nak masuk selekoh lah apa lah.

          Jadi, dengan berat hatinya, aku cadangkan nak berhenti biarpun dalam hati memang aku nak pusing satu Shah Alam dengan speed yang aku baru belajar dari papa. muahahahaha. Eksyen! Bosan dengar mama asyik suruh aku focus, padahal aku dah focus gilaa. muahahaha. mama takut aku ngorat mana-mana brader motor yang lalu belah aku kot *bab nih! memang sah bukan mat rempit sebab dia naik vespa. duh comel ah!* So tukarlah tempat seat, nasib baik aku tergerak nak tukar awal! Tiba-tiba kereta peronda lalu sebelah kereta. Fiuhh! Papa kata nasib tak kene bayar saman keh masuk penjara keh sebab malam tuh aku bawak badan jeh, handphone semua tinggal memang betul betul badan dan perut kosong mintak nak makan kedai mamak. muahahahaha. *ohya! semalam aku mintak burger monster lepas habis makan roti canai pisang. mama kata lain kali jeh. haa! aku tuntut bab makanan nih. muahaahhahaha*

         Da End, Wassalam.

No comments:

Post a Comment