Tuesday, April 30, 2013

Sebulan bertapa di PLKN Semenyih

Assalamualaikum :)

     Wah wah udah lama tidak meng-update blog yg tidak kurang hebat berhabuk jugak. Seperti yang sedia maklum, aku kene masuk PLKN. Ulang suara! PLKN. kihkihkih. Dan sekarang aku baru balik dari rumah dan entah kenapa aku terlalu excited tengok rumah sendiri dan sekarang tengah nikmati angin sepoi-sepoi bahasa di luar rumah. Ecehh poyonyaa~

     Perkara pertama yang aku nak cerita, hari first day nak hantar naik bus aku dah buat muka tak seronok. Mula-mula kene beratur ikut penempatan kem. Masa tengah daftar tuh aku dapat rasa apa yang aku makan pagi tuh rasa nak keluar kan balik. Dahsyat! gagaga. Lutut waa gegar wooo! Lepas daftar, kene beratur atau dalam erti sebenarnya berbaris mengikut kem masing-masing. Masa tuh ntah macam mana, air mata jatuh. Pergh! Memang ada perasaan nak pergi perang. hahaha. Aku nampak mama tengah lap air mata, seperti telah dijangka kan oleh papa. Aku mesti nangis gila punya dan dan... sememangnya betul, aku menangis cakap "please amek kakak nanti. taknak pergi! nak balik! " sepanjang perjalanan nangis and kebetulan aku jumpa kawan baru so feeling dah okay sikit sebab jumpa kawan baru. hahaha.

   Next, setibanya aku dekat kem tuh. Pergh! Panas tahap gaban bhai! Memang first day muka aku dh belak. Memang panas panas sangat. Angin lembut ada tapi bahang panas tuh. Amboi! Menyampah! hahaha. Dah la mula-mula sampai kene marah. Cis! kurang asam jawo!

  Jadi bermulalah hidupku di KEMSIS. kuangkuang. Tempat dia, hmm not bad yang spoilt sikit. Tak sikit lah! Banyak sangat! Jiran sebelah tokei sampah. Korang ado?? hahaha. Kilang sampah kot! Sebelah-menyebelah memang hari-hari dapat perfume freeeee. OH! lupa suatu perkara. Saya wirawati Charlie BP604 . walaweh! Aku wirawati taw! Jaga-jaga sikit aku pang terabur gigi teruss. hahahaha. OH! lupa nak cerita panjang lebar lagi! Rumah I atas bukit youuuu. Dah macam puteri gunung ledang aku rasa. Nak naik kene panjat tangga escalaturr tak bergerak. gedebakgedebukgedebakgedebuk. Campur bukit curam lagi. Walaweh! Kacang goreng sangat lah! Memang sure sure korang pengsan atas tangga, then monyet kidnapped uolls. hahaha. Kay, lawak keh? lol.

   Bila bercakap tentang kem, mesti orang akan tanya "Makanan dia sedap tak??" weh! sedap gilaaa babi, siap sedia kan steak lagi kot. 6 kali sehari makan, dekat rumah sekali sehari jeh, sini... kau makan dan makan jeh kerjanya. Dan perkenalan ku pada chesseburgorr(biskut marie) . Mula-mula aku datang, pergh! Poyo gilaa kot! Makan selalu membazir, buang! Protes la kononnya. Sekali malam, serbu maggi! Mengong gilaaa. Sekarang dah tak, even ikan dia keras bila baling dekat dinding, dinding pun boleh retak seribu. Aku tetap licinkan tray aku tuh. Cewahh! Poyoo!

   Bercakap tentang kem, aku tak mentioned lagi nama jurulatih dekat situh. Hmm, aku dapat Cikgu Leha, Cikgu Nora, Cikgu Mila and Cikgu Nurul. OH! Lupa daddy I ! Cikgu Damak. hahaha. OH tidak lupa juga cikgu kawe hok sore tuh! Cikgu Shah! and and Cikgu Awi! peeewiiit! Rutin seharian aku, hmmmmmmmmmm......
*bangun pagi. Pagi sangat aku bangun. Dalam pukul 0400 gituh.
*lay-out katil
*masuk kelas modul MPK3 and MBK3
*kawad
*poco-poco
*naik dorm
*basuh baju
*prepared barang untuk esok
*tidur
hahhhh. Nampak senang kann? Sebenarnya susahhh sangat! Lagi-lagi yang kaki tidur melantak macam aku nih, hahaha. Nak bangunnya punya lah susah tapi demi waktu aku gagahkan diri juga ke bilik air sebelum kene serbu dengan budak dorm 6. Then, kalau cikgu tiba-tiba pesan suruh bawak turun segala peralatan baju Full Loreng, Baju PT and Baju Kelas, memang pengsan nak bwk turun naik nanti. Penat satu hal! Mengantuk satu hal lagi.

   Sekarang! Topik yang ditunggu-tunggu oleh aku sendiri. wakakaka. Mamat-mamat. OH! maaf maaf. Wira-wira dekat sini mula-mula sampai semua muka kacak lagi bergaya tapi setelah dibotakkan kekacakan pudar sedikit demi sedikit. heh heh. Kacak, tapi kesian jadi abang botak. Jangan main-main diaorang ada tepuk-tepuk abang botak taw. Bergaya gituhh! hahahahaha.
 

  Dan yang terakhir, aku jumpa kawan-kawan baru Leena aka Tanuja memang awesomeness gilaa kawan dengan diaa!! Kelakar! and Paha aka Farha comel. Cunn gilaa doo, mata macam anak patung. Macam Neelofa! Farah aka Jawo dia cakap comel and kelakar sebab ada slang jawo dia. haahaha. And tak lupa juga dengan budak-budak Charlieeee. gigigi. Lagi-lagi BP6 yang gilaa tahap gaban, hahahaha. Hmmm, aku belum masuk hutan lagi and aku belum pegang M16 sebab kelas baru jeh habis semalam. So, yeah! aku dekat rumah sekarang! jangan Jealous uollsss XD

Wassalam

  

Friday, February 22, 2013

conversation with *Le dad

Assalamualaikum,

                  On one fine day, me and Da dad were having a conversations about UPU and it was the day i found that Da Dad were so annoying than Mem Besar. bhahahahahaha, like seriously, i thought that he's kinda like coool person awesomeness and everything. ERGH! so damn annoying. hahahahaha. I do love him and dont get me wrong, i never hate him. hahahaha. Oh! okay, after the application to UPU we just knock off and kinda lika DUH! you're so annoying. hahahaha. Late night actually, it just me and him then GD on the TV! Seriously, if you dont ever know GD better kills yours gadget! He's like the dude man! SWAG!!

GD-Crayon.

Da Dad : "He's gay! i can see that he's super gay!" 

Le' me: " Pap! with da face, with that gay face he's billionnaire kot!" *dancing to the beat*

Da Dad : "So you like him that much huh? What're you an alien? He's freak lah kakak!"

Le' Me: "I know! That's why guys over here *cakap Malaysia* super jealousy with K-POP stuff because 
               the girls are into it! They were HOT and HANDSOME and CUTE. Btw, daddy-yoo your time is 
              over with the rock stuff. hahahaha"

Da Dad : "You cant find any better reasons to this. Its legendary kakak oi! Dang, girl!"

Le'me : "Since when you turned into her? hahahaha, you were superly annoying than her. hahahahaha"

Da Dad: "better ask her how we get married before and you'll know how annoying i am. hahahaha"

Le'Me: " I dont want to evahh.. think about it. hahaha. its complicated and euw"

Da Dad : "Marriage is complicated and soon its your turns. hahahaha. But papa tak mahu K-POPPERS or
                K-POP or what. Find a guy not a boy"

Le'Me: " errr now you're her! hahahahaha"


              Yes, Da Dad ..... ergh! hahahaha. but he's still Da Dad yang coool. hahaaha. So, itu sahajalah. hahaha, oh btw IM 18 dah :P
i know, hahaha. Papa cakap dh boleh tengok rated film. Duh! what a daddy i tell you! ntoh papo fikir. hahahaha. Later lah i post about my super sweet sour 18 stuff. daaa~

Wassalam.

        

Thursday, January 31, 2013

Zalora Talks!

Assalamualaikum?

     hehe, sorry ya post banyak banyak nih. Men, I have my own reasons ah! muahahaha. Baru lepas window shopping through Pakcik Google, bersama rakan sekepala. Hafazah nama dia. Nak berkenalan? Esok lusa lah! Aku nak cerita pasal "ZALORA" nih! Memandangkan, aku baya budak U, so nak berlagak sikit nak jadi macam diaorang.. muahahaha.

     Recently, hmm papa pergi belikan anak lelaki dia kasut bola sepak yang diidamkan oleh abang HOT kita tuh. So, secara tak langsung dia dapat. Jalan-jalan sekitar AEON tuh aku asyik nak menapak dekat kedai kasut jeh, cuma kedai kasut Converse aku takut nak menapak. muahahaha. To be honest, i've never had Converse nor sport shoes. Alahai, kesiannya saya nih! Pernah sekali aku tergerak nak beli, sekali mama cakap "kenapa beli kasut jantan?" I think my whole life will depending on her. Idk, she seems to controlling myself more than I do. Okay, so saja-saja terbehenti depan kedai Converse tuh, nampak satu kasut memang cun gila! RED! Nampak dia menari-nari depan mata. Dalam hati macam aduhai, lawa seh! Tiba-tiba...

     Papa sergah dari belakang. terkejut! Nasib tak tersilat dekat situh, then buat muka lepak "tengah usha kasut merah tuh." tengok papa tiba-tiba gerak pergi sana tanya brader kat situh, and tanya size aku apa and he asked me if i wanna. Really wanna this. Baru nak cakap "Ya!!" ada jeh mem besar nih. "Alah, nanti-nantilah beli. Sekarang nak pakai duit." eh eh, orang tak cakap pun nak beli, orang cuma cakap lawa jeh. Papa bisik cakap birthday nanti dia belikan. muaahahaha. Tak beli pun takpa, cuma nak cakap ianya lawa tapi dah orang cakap macam tuh, rezeki jangan ditolak and since im gonna be 18 nanti. ehemm, takdalah nak buat grand party keh apa. I just wanna get a job.Susah betul kalau jadi anak patung mama nih -.-

      Eh? Macam dah lari dari tajuk. yer, yer. Okay, kitaorang tengah usha usha barang dekat zalora. So, aku jumpa kasut yang aku nak but instead of Converse aku nampak benda lain yang lagi lawa. muahahahaha. Nafsu perempuan memang macam nih keh? bhahahahaha.


yang nih dah memang lama aku usha, tunggu nak turun harga jeh baru aku rembat.



rasanya aku ada black syndrome. look elegance yet comfort.

Sarankan siapa yang jenis malas nak menyakitkan kaki tapi nak shopping. feel free to drop by dekat ZALORA sebab macam-macam ada and plus its free shipping *teringat iklan Zalora*
and reasonable price per item siap ada discount.
menurut cerita mak aku lah, boleh bayar separuh-separuh and kalau tak puas hati boleh tukar with no charges! Haaa! Hebatkan pasaran dia? So for those memang bukan kaki window+shopping boleh terus beli online and sekarang dah banyak online kan? 
Goodluck 
Wassalam.

Al-kisah selepas title P

Assalamualaikum?

        First of all, korangs semua nak kene wish congrats sekali lagi sebab kali nih memang sah sah aku dapat P dalam erti kata sebenarnya. muahahahaha. Just now, aku dapat text dari Kak Siti (cikgu) dia kata lesen sudah pun siap cuma dia nak mengato agak tak akan. Ha ha sebab sebab? Dia pregnant dol, kesian dia kehulur kehilir dengan perut besar dia. Mama pun cuak bila nak mengato aku kat sana, takut aku yang terberanak kan orang. Ehehh? Macam tahu-tahu jeh cita-cita tak jadi aku? muahahahahaha. Okay, mari kita teruskan sesi perbincagan.

         Yesterday, ecehh. Macam nak menyanyi lagu Beatles jeh eksen aku nih. ah! Okay, semalam pergi hospital melawat ayah su aka pakcik perasan muda nih. Dia kene admit dua hari yang lepas, sebenarnya dia dah lama sakit. Maksud aku, dia dah lama cuti atas sebab saranan doktor lah kan. Dengar dari perbualan mama&papa lah dia punya tulang terkehel dari kedudukan. Adoi, kalau doktor-doktor tahulah penyakit apa tuh. Sebab dia kerja bahagian painting so banyak duk tunduk-tunduk kan itu yang terkehel. Mama kata dulu pun dia pernah kene, memang sakit sangat dan aku mula terpinga-pinga sejak bila pulak doh? muahahahahaha.

          Seterusnya, haaa! Korang mesti tak faham dan macam tak maksud akal apa kene mengene perkara diatas dengan tajuk kan? muahahahaha. Aku pun. Oh tak! Ada kene mengene! Sebabnya, semalam aku pergi melawat dan semalam jugak lah aku merendek area Shah Alam. wah wah wah! Hebat gituh! Dibawah adalah perbincangan antara aku dan papa.

Aku:  Pa nanti nak bawak kereta boleh? Boleh lah eh? Boleh eh eh? *tayang gigi sambil buat muka* *serious hodoh*

Papa: Bawak kereta? middle of night? *buat tayangan gigi jugak* Nope thanks. Please come again.

Aku: *muka frust seribu tahun* yelah yelah tunggu dapat lesen. *sambil tekan butang lif*

Sesampai sahaja di car park.....

Papa: Nah. Here's the key, ingat! Tekan break dulu.

Aku: *muka terkejut dalam hati loncat macam apa* Serious keh? Walaweh!
   
     *bunyi-bunyi sumbang dari Mem besar*

"Tak bahaya keh malam-malam bawak nih!"

"Tak payah lah pa!"

"Tunggu dia dapat lesen"

           Dan al-kisahnya aku bawak dengan hati riang. muahahaha. Tapi takdalah seriang kanak-kanak ribena sebab aku asyik dengar ada bunyi-bunyi yang paranoid. muahahahaha. Banyak bendalah dia tak puas hati, tengok kiri kanan semua. Selayaknya dia yang jadi JPJ. muahahahaha. Asyik tak puas hati aku bawak, padahal aku bawak takdalah membahayakan. Tengok papa muka rileks jeh, cuma bagi arahan suruh belok mana and naikkan speed, bab naikkan speed aku takut sikit. Kalau kereta saga tuh takpa! Inih unser! Bergadai nyawa jehla jawabnya. muahahahaha. Kereta tuh macam unstable bila aku bawak lebih 80km/j. Then dengarlah jeritan, bawak elok-elok sikit nih kiri kanan kiri kanan. Grr! orang dah cakaplah kereta! Bukannya orang buat suka-suka! aku bwk 40km/j bising perlahan sangat nanti terlanggar dengan orang yang nak masuk selekoh lah apa lah.

          Jadi, dengan berat hatinya, aku cadangkan nak berhenti biarpun dalam hati memang aku nak pusing satu Shah Alam dengan speed yang aku baru belajar dari papa. muahahahaha. Eksyen! Bosan dengar mama asyik suruh aku focus, padahal aku dah focus gilaa. muahahaha. mama takut aku ngorat mana-mana brader motor yang lalu belah aku kot *bab nih! memang sah bukan mat rempit sebab dia naik vespa. duh comel ah!* So tukarlah tempat seat, nasib baik aku tergerak nak tukar awal! Tiba-tiba kereta peronda lalu sebelah kereta. Fiuhh! Papa kata nasib tak kene bayar saman keh masuk penjara keh sebab malam tuh aku bawak badan jeh, handphone semua tinggal memang betul betul badan dan perut kosong mintak nak makan kedai mamak. muahahahaha. *ohya! semalam aku mintak burger monster lepas habis makan roti canai pisang. mama kata lain kali jeh. haa! aku tuntut bab makanan nih. muahaahhahaha*

         Da End, Wassalam.

Friday, January 25, 2013

Adam&Hawa ep 1-10

       Salam, as for the entries. Hmm, just a quick snap for Adam&Hawa and aku tahu yang aku lembap plus tertinggal kereta api sebab baru nak tengok Adam&Hawa. Hey! my mom wont let me buy this Mustika package. muahahaha. Maybe she wont do anything and just sit infront of the tv, critism for the hero or heroin and she will end up by her stories. muahahaha. i know her well, babe aku duduk sebelah menyebelah siap kaw-kaw kutuk lagi. muahahahaha. papa cakap kalau dua-beranak nih ada, kerja nak mengutuk. muahahaha. Okay! i should stop now.

       Lets start with episode 1-4, hmm tiada apa yang berlaku sebenarnya cuma Adam atau lebih dikenali sebagai Am bekerja sebagai juruterbang MAS dan Ain sebagai guru tadika di tadika empunya kakak Am. Pada mulanya, diaorang bertemu apabila Ain memulakan hari pertama sebagai seorang guru di sebuah tadika. Am yang playboy, mula jatuh hati dengan sikap Ain yang jenis jual mahal. Maka, dia rasa tercabar dengan layanan tak seberapa Ain. Then, the stories begin with an epic situation, dimana Am mula merindui Ain dan membelikan seekor? sebuah? dah lama tinggalkan sekolah harap maaf. teddy bear. Am hadiahkan Ain teddy bear, dan itu adalah pertama kali Am membelikan hadiah buat perempuan. Playboy kan? Then, Am cuba pelbagai taktik dengan bagi bunga, poets untuk Ain tetapi Ain buat donno oo jeh, sebab semuanya macam pesan dekat dia suruh hati-hati dengan Am yang playboy nih. Kak Long, Dee, Cikgu zawiyah semuanya gilakan Am tapi Am gilakan Ain.

       Conclusion for episode 1-4, hmmm exciting! and the way Aaron Aziz berlakon kinda naturally playboy. weh muka handsome kan? hehe, i need to make a conffesion sikit. Aku berangan sikit, yelah dah nama watak heroin nya Ain, nama aku pulak Ain. muahahahahha. Rasa perasan sekejap dibayangi oleh Aaron Aziz. muahahaha. Dan sikap Ain dalam kes nih ada sikit macam aku, jenis suka cakap sorang-sorang but luckily i hate bears and flowers. playboy memang itu jehla permainan dia. Boring~

        Episode 5-10, okay, masuk episode nih mood sama macam dekat atas, perkara sama Am buat nak ngorat Ain. So macam-macam taktik lah yang Am tackle. Okay, apa yang aku paling suka part nih bila Ain gaduh dengan Dee
      "Hey You!" Dee jerit

       "Ya saya?" Ain.

      "Kau pergi mana semalam? Mana Am? Eh kau nih mesti malam-malam jual badan!" Dee
      
      " Oh! Cik nih nak cari Am, memang-memang saya keluar dengan Am semalam!" Ain sengaja.
     
      "Am tak layak dengan kau, perempuan jahat!" jerit Dee
     
      " Oh cakap aku jahat pulak? Memang aku jahat! Kalau aku jahat aku jahat sungguh-sungguh
        taw!" Ain balas dengan geram.
   
      "Okay! kita tengok siapa paling jahat!" Dee start kereta and shoot away. Blah blah..
 Hmm, bestkan? muahahaha. aku dekat luar just jerit! go for it Ain! Ain! Ain!
Time nih part paling tak gembira bila, Kak Ruby mintak tolong hantarkan barang dekat rumah Kak Zah, kakak Am. Ain dengan baik hati pergilah hantar dengan tak syak apa-apa. tapi! ini semua plan gila si Dee bodoh tuh. muahahaha. Ain masuk rumah Kak Zah ikut pintu belakang, and time tuh pulak pintu dapur memang tak kunci and bibik hilang entah ke mana.

          So, Ain just letak barang tuh atas meja dan bagi salam berkali-kali tapi takda jawapan. She head up to the living room and found Am yang clearly HOT gila time tuh. muahahaha. Am pelik macam mana Ain boleh masuk rumah, Ain baru nak cerita, ada orang ketuk pintu rumah and diaorang dari pihak jabatan agama. Yup! Am dengan Ain kene tangkap khalwat! Time nih memang sedih, kesian dengan Ain. mencurah-curah air mata aku yelah dah aku bayang aku tuh Ain Hawani kan kan. Dia minta tolong dengan semua orang tapi takda sorang pun nak back up dia even Am pun diam jeh! Ish Am! Kasi penampaq kang! Ain menangis merayu dengan semua orang cerita kan apa yang sebenar-benarnya yang terjadi. Ain rebah time PakLang dia kata nak kahwinkan Ain malam tuh jugak, masa tuh Ain dah macam orang hilang akal tak boleh nak cakap apa. Kesian Ain, muda dah kene kahwin.

        So, that's it. aku tengok sampai situh jeh. aku akan ulas balik bila aku dah habiskan 10 episod sekaligus. For those yang tak minat cerita macam ni, i think you should give a try. Hey! its not that bad lah! Nak tahu! even budak nakal kat sekolah aku yang memang dasar kaki ponteng tapi otak geliga pun suka tengok Adam&Hawa nih. Dulu, aku boleh gelakkan dia kata itu ini tapi itulah cool juga drama melayu yang diadaptasikan dari novel. Ohya ! sebelum terlupaa, rasanya aku ada novel dia but suddenly it went missing. Kepada sesiapa yang meminjam please return it. I need to review the novel again sebab dah lupa jalan ceritanya macam mana. And yah its hard to believe aku yang Kpoppers nih layan drama melayu, i think this is the time aku layan. Even papa pun layan Setia Hujung Nyawa. Pelik dah tuh kalau dia melayan, sebab kerjanya jadi pengkritik tak berbayor. muahahahahaha. Rasanya, drama melayu dah makin menarik :)


 
novel atas, poster dekat bawah :)
enjoy :)
and yang bawah ini OST untuk Adam&Hawa
Muara Hati- Dato' Siti Nurhaliza ft Hafiz
its a great songs and i really love it.
 
Wassalam.


Thursday, January 24, 2013

Sehangat Asmara

       Salam, dont says anything about the title! a bit... i know! muahaha. okay, lets start with the novel itself.
 

           Hmm, i bought the old version. the white cover but the main still the same. the first novel ever I've read! muahaha. i start reading when im 13. duh, patut aku gatal sangat. muaahahaha. Well, biasalah, at that stage mana suka sungat bab cinta-cintun nih maybe sebab tengok mama bersungguh sangat baca so aku pun baca. Interesting! jalan cerita dia, tak macam dalam drama melayu lah. slow-mo versions dengan konflik harta. Damn! i hate tthat!
         
          Selepas Adam&Hawa, the-hottest-ever-drama-in-2012 that's what they said. Astro gantikan dengan "Sehangat Asmara" . Pelakon hero dia buat aku teruja sangat! ADI PUTRA! muahahahaha. He's so damn much HANDSOME! Aku rasa dialah lelaki paling macho on earth! muahahahaha.
Thanks to Astro! aku tak langgan Mustika. Again, Astro thank you so much for releasing it dekat Mustika HD yang menyebabkan aku pujuk gilaa punya dekat mama and the answer is NO! haiyoo~

         Mula-mula dah cukup putus asa! Why me?! but hey man! papa dah anugerah satu buah teknologi canggih with no payments. Apalagi, seacrh dekat Google and i found this link http://ezany-kun.com/video-drama-sehangat-asmara-full-episode/
Yah baby! the Full version! muahahaha. Until now, dekat situh episod cuma sampai tiga jeh but its okay, i wont give up! akan aku cari sehingga ke lubang cacing pun link nih. muahahahahaha.

          I just wanna share with everyone about the drama which is gonna beat that AH. I mean, ADI PUTRA lol xD okay, for anyone yang takda mustika macam aku but still nak juga tengok just klik dan layann saja~ 

          Oh,  aku akan report dekat korang and make a simplest conclusion about the drama tapi nanti-nantilah lepas aku habis tengok 33 episod ini, okay? okay :)

          Ohya! did i mentioned that my latest cousin name "Aisya Sofea" too? Mummy just too addicted with the writer and named it after her for 2nd daughter. Congratulation mummy :)
and the baby is so sooo soo sooo sooo cute. i wish i had one! aha? muahahahahaha.
 
 




Adi Putra :D
 
this is officially OST for Sehangat Asmara
Ratuku- Awie ft Adira
the old songs and it will reminds you the memories between you and her/him
Wassalam.


Salam Maulid Rasul dan M-Drama.

        Salam, buat semua muslim dan juga Salam Maulid Rasul bagi semua umat islam. Hmm, semua pergi berarak pagi nih? Harap semua pergilah sebab tadi pun aku pergi. haha. Never in my life, adalah dulu masa sekolah rendah tapi dah terlambat kan? Okay, happy tak semua sambut tahun kelahiran Nabi Muhammad? Ish, mestilah semua happy kan and mama ada masak sedap harinih. Haha.

        Seterusnya, ohya! lepas balik rumah apalagi sambung tidur lah kan. muahaha. Bad kiddo. haha. okay, sekarang nak cerita pasal M-drama, and sejak akhir-akhir nih aku terlalu melayan drama melayu yang penuh dramatik dan konflik melayu. muahahahaha.
 
         Dan ada sesiapa yang melayan cerita "Setia Hujung Nyawa" ? Weh cool enough for me! muahaha. Cerita ini diadaptasikan dari novel, hmm, never been bought this novel. Asal nak beli jeh "SOULD OUT" . Wah wah wah! dah macam goreng pisang Cik Mah. heh heh :3 sedap dol goreng pisangnya~

         Oh, harus menceritakan kah tentang drama ini? Okay, cerita sekali nafas jehla eh. muahahaha. Ersalina dan Zain berkahwin atas desakan kedua ibu bapa, diaorang tak pernah mengenali tapi tanpa diaorang sedar diaorang sebenarnya dah jumpa pun. Jumpa dekat kedai kasut, dan mula lah episod-episod yang mana bermula dengan perbalahan tapi berakhir dengan percintaan yang romantis. ewahh gituhh~

          Permulaan hubungan sebagai suami isteri sangat comel dengan kerenah manja El dan gaya macho Zain. Tetapi ada rahsia disebalik perkahwinan ini, El mengandung?!! Dan bermula lah episod duka El. atoto, kesiannya El. Zain mula memberontak dan cuba untuk membenci El, tapi sejauh manalah kebencian bila rindu cinta mula sudah pun berputik? kan kan? Benci tahap gunung everest dekat El pun dalam hati tetap ada taman bagi Zain. El cuma terima dan redha dengan hidupnya.

         El cuba sehabis mungkin untuk memujuk Zain tapi hati si Malaun Zain keras macam batu, nak ketuk-ketuk guna pahat pun belum tentu jalan. Macam biasalah, nama pun drama melayu kan? Mestilah ada orang ketiga keempat kelima sampai kesepuluh dalam hubungan diaorang nih.
Hardy yang terkejar-kejarkan bini orang, sanggup racun fikiran kawan baik dia sendiri Zain untuk menceraikan El dan kemunculan Iqram tiba-tiba menambahkan lagi derita El. Dialah orangnya, yang mengandungkan El!! Tanpa rasa tanggungjawab dia tinggalkan El, nasi dah jadi bubur barulah nak mencuba nasib nak membaik pulih keadaan. Kenapa tak masa El tengah solo dulu? Ciss drama melayu.

          Muncul pula orang ke-5 dalam drama ni, Heliza. Kawan sekutu-sekufu dengan Hardy! Kerja nak meruntuhkan masjid orang! Tolonglah! Kalau muka lawa macam El takpa, ini setepek jeh aku tengok. huh~

           Akhir kata, cerita nih memang penuh dengan konflik bila mama Zain suruh ceraikan El. Dan aku pun tertunggu-tunggu sambungannya.
                                                 
Wassalam.

Saturday, January 19, 2013

from L to P

Salam,
kihkihkih. kihkihkih.
hmm, macam mana nak start yah? okay, semalam ada JPJ test and woaaa! sangat sangat sangat menakutkan..
but i've got my P
yeayy for mee :D
gah! agak susah nak menghadapi pihak JPJ tuh..
sepatutnya aku kene sampai tepat pukul 9.00 am but ada kemalangan dekat highway semalam so terlambat sikit. sikit jeh tak banyak
and we arrived dalam 9.35 am gituhh
just daftar nama and all the stuff, and giliran aku time tuh 12... sepatutnya 11..
dalam hati dah macam apaa. kalah aku orang lari marathon semualah!!
berdebar sangat, lagi time nak serah borang dekat kaunter, jari aku....
gila betol. memang lutut pun goyah, hati pun dah lain perut apatah lagi kan..
so i called mom. nasib baik dia angkat, untuk chill kan hati aku yang gundah-gulana nih i have to
lepas dengar mama pesan bagi semangat semua, okay hilang sikit nervous nya
baru jeh habis cakap dengan mama, giliran aku dah bermulaa, walawehh! time tuh aku cakap... memang debar gilaaa! dahlah kene buat on the road dulu
sampai kat luar ingat kene tunggu lagi rupanya tak, terus jeh buat. dup dup dup dup!
itu  jeh yang aku dengar.
so, aku masuk bagi salam senyum semua, aku tak tanya nama apa .... berdebar sangat!
aku check cermin gear semualah yg patut buat kan, tapi satu jeh masalah, aku tak pernah cuba try viva!!
dalam hati dah nangis kenapa viva!!!!!
sebelum nak start, aku ketuk dada "ain boleh!"
JPJ tuh jeling pelik jeh. oh lupa! kerek siall JPJ nih =.=
mula start memang dah smooth gilaaa, memang semuanya okay takda apa pun.
start sampai dekat traffic light kete buat hal. adoiyai~
mati pulakk!!!
aku ingat aku masuk gear 1, termasuk gear 3. aku manalah tahu! tak rasaa!! tetiba jeh kene sound
 
JPJ: awak jangan nak spoilt mood pagi-pagi saya nak fail kan budak
 
aku : *muka kesian* saya minta maaf, saya tak biasa dengan viva
 
JPJ: *nada geram* maaf jeh tak cukup. awak ingat hanya dengan maaf boleh selesaikan semua keh? ishh, pagi jumaat nih buat hal pulak.
 
dukk!! bangang sentap gilaa dia cakap camtuh, mak aihh~
kerek kerek kerek
dalam hati aku .. "aku fail"
 
so aku bwk mcm biasa tapi aku dengar dia tanda "zapp! zapp! zapp!"
bunyi mcm nak tikam aku jeh, dalam hati duk mengucap "ya Allah tenangkan hati dia Ya Allah, permudahkanlah urusan ku pada harinih"
okay, korang bayangkan jehlaa.
sepanjang jalan aku nampak kereta latihan berhenti tepi jalan, and JPJ tukar seat dengan budak yang ambil test
kalau boleh aku tak nak pandang langsung tapi apakah daya, aku harus melihat kene fokuss!
huhh~
sampai dekat metro academy barulah aku lepaskan lelah. huhh~
nasib baik lah dah sampai.
bunyi "zapp! zapp!"
sah aku fail! fail fail!
sekali dia suruh sain, aku pun sainlah. tak tengok pun berapa aku dpt sebabnya aku tahu gerenti fail then "tapp!"
dia cop apa tah. aku keluar cakap mintak maaf pasal tadi buat muka kesian.. aku kan pandai bab muka kesian nih.. hahahahaha :D
bagi salam, mintak maaf lagi ucap terima kasih *muka kesian*
hahahaahahaha.
tak tengok pun surat cinta dari JPJ tuh sebab hati aku dapat merasakan aku fail. dengan langkah yang slow-mo aku jalan pi dekat kak aisyah, dia cakap tahniah! aku buat muka. gila? aku fail kot.
dia ketuk kepala, "lulus lah dik oi!"
hahhh!!! aku lulus? ohyehhh!! time tuh rasa nak loncat-loncat menari sekeliling sebab aku lulus. muahahahahahaha
yelahh! sanggup keh nak berdepan dengan JPJ lagi? tak akan!
aku rileks kejap tak sampai 5 minit aku kene kat dalam litar pulak
time nih happy gila! yelah! kancil!
hahahahahhaha
mula-mula bukit, berdebar jugak aku. dah nak dekat last class barulah aku faham macam mana nak naik bukit, 3 pointers semua. baru aku faham... last class pulak tuhh
lepas! muahahahahaahaha. semuanya berjalan dengan lancar!! memang smooth gilaa lah!
mula-mula cuak jugak nampak kawan aku thiviya kereta termati! dalam hati jangan lah kereta aku mati. alhamdulillah! tak.
parking okay
3 pointer! aku ingat dah tak lepas! kak siti aka cikgu
dah risau time aku nak pi 3 pointers. dia risau sebab 3 pointers memang aku lemah sangat.
hahahahahahhahaha
aku pun risau
tapi aku dapat cantik punyaa!
heh heh :D
sooooo
aku dah dapat lesen P
tapi next week lah!
this week belajar naik auto
dapat lesen aku apa lagii... heh heh heh :3
happy jeh dapat lesen
lesen kot
hahaha
ohya! aku nak berterima kasih dekat semua terutamanya mama ngn papa yg support payment nih. mueh mueh mueh :3
dan kak siti dgn abg ib yang sabar mengajo aku yang memang tahap sengal sangat
hahaha
and cikgu nasir aka pencen JPJ dalam QTI harituh,
and kawan kawan aku yang wish kan goodluck! ahaa! thanks sangat. pasnih kita merendek?
dan tak lupa juga kak aisyah yang duk bebel ngn aku. haha. dia pun lulus jugak! markah kita org sepesen jeh XD
dan aku akan merinduii semuanyaaaa.
eh dah macam speech kat award ceremony puloks
okay, sampai disini sahaja.
salam :3
 


Thursday, January 10, 2013

suck-sucker-suckest?

asslamualaikum?
i need someone to cheer me up but no one seems so.
huhhhh~
so i let it out here? pasti boleh sebab aku punya blog. 
suka hati aku nak menyumpah pun tak apa kan?
suka hati aku nak mengamuk pun tak apa kan?
sebab blog aku. aku aku dan aku punya 
soooooooo
today, kak siti told me i have to take the QTI test before with JPJ
so i went
and the
 F****** day evahhh!!
pagi-pagi dah kene marah dgn mama about the payment, urgh! so annoying. i've been told her before about the payment and she just said
"pasal duit takyah citer lah, citer pasal nak dapat lesen nih"
and
i told her thousand times about the payment but still ...........
and i dont bother her anymore, so i told her about the payment again. she just yelled at me by reminding her
hey i did my part =..=
ahh! damn! i hate the situations, gaduh pagi pagi memang boleh spoilt kan mood aku yang happy nih. bayangkan betapa aku nervous and excited to do the test. then she just blow. aahhhhhhhhhhh!!!!
okay, the next part
terlupa nak bwk duit so i just borrowed from kak siti, nasib aku call cepat-cepat boleh lah dia pi ambil duit tapi aku transfer lah. sebab makcik tuh bebel 24 jam *mama*
okay, register semualahh. i wait there about 2-3 hours before my turns. hmm, kerja aku menguap dan menguap dan menguap. yang ada kat situh, just a few but it takes so longggggggg before its my turns
then yeahh! masa untuk membawa
baru masuk, aku dah kene marah. again? apalah malang sangat asyik kene marah
belum masuk part parking and 3 pointers. shit.
3 pointers lah aku bengang sikit.... dia bebel punya bebel. gah! kau jantan keh tidak nih?
then, habis masuk part on the road. heeeee, masa nih memang aku nak benti kete tepi jalan. sepanjang jalan kene tegur. marah. bebel. can you imagine that??
macam babi
ada satu part tuh, ada something on the road macam ala-ala sampah, tak besar mana tapi mengahalang laluan lah.
duh!
dia suruh aku jalan jeh, and cikgu aku kata kalau apa jeh orang tester ckp ikut jeh. just nodded and step the things and he just yelled.
"kau ikut apa aku kata??!!"
terkejut. cool. panas. tahap sabar dah nak hilang
dahtuh asyik ckp pasal nak makan jeh kerjanyaa. dia asyik kata "kau bwk mcm siput, mcm mana nak sampai? sekarang nih masa lunch aku."
dalam hati aku, kau pakcik bebel bukan kau yang makan aku. aku dulu yang makan kau, karang aku bwk laju kau bising kata dekat papan boleh bwk 40km/j jeh. kang bwk lebih kau kata nak membunuh kau pulakk. duh! tak tahu macam mana aku boleh ada tahap sabar kat situh -.-
then aku balik,
rasa macam nak hantuk badan dekat dinding tgk rumah aku yang macam tongkang pecahh. masa tuh habis ayat menyumpah keluar.
memang sengaja nak perjadal aku dua ekr gemuk tuh, 
balik jeh diaorg dari sekolah aku suruh macam-macam tapi sekor pun tak gerak nak berjalan. oh tunjuk hebat sekarang?
mula mula suara aku boleh ada intonasi nada yang baik agi, kali kedua, okay lagi, kali ketiga dah start naik muka pun dah merah
aku menjerit habis semua keluar, disebabkan papa banned ayat bodoh so aku tak ckp lah tapi ayat lain yang keluar, itulah ingat aku buat muka baik boleh pijak kepala aku lah? huhhh!
macam biasa papa mama belahkan si gemuk dua ekor, hahhh, naik lemak lah diaorg. hishhh,
bosan betul. apa aku buat salah. itu salah ini salah =..=
kejap
babi bangang bodoh sial
=______________________=
dan sekarang aku lapar
dan mood lari
ish
fuck

Thursday, January 3, 2013

hari pertama dan berat badan.

assalamualaikum?
hehe
perubahan, azam hidup baru aku.
satu perubahan boleh membawa seribu makna bukan? jadi aku pilih perubahan untuk menjadi lebih baik.
setiap tahun pun azam yang sama cuma feeling nya agak berlainan lah tahun ini.
hahahaha
buat pertama kali rasa seronok menepuh hidup sebagai seorang dewasa. mana taknya, semalam hari pertama sekolah kan? aku pun macam orang yang kene masuk sekolah balik. heh heh :3
cuma temankan mama. nothing cool. but that little thingy feeling bila masuk sekolah rendah balik.
how i really miss my time before adolesence. hahaha. semuanya hanya dari hati bersih seorang budak yang hanya tahu berseronok. dan bila pergi tolong daftarkan adik merangkap baby tua, oh? aku dah masuk alam penjagaan kah?
too bad, im not into this new world
haahahaha. im guessing its hard?
so-what-so-ever
its cool tough, pergi sekolah balik semula. nak tegur ustazah kat situh tapi takpalah. dah bertahun aku tak jejak sana, kang apa pulak dia kata dan aku pun dah lupa nama dia. hahaha
jahatnya, kan? ergh! nama adik adik aku pun kadang boleh tersasul sahkan cikgu bahkan rakan rakan? hahahaha
jadi kerja semalam adalah, hantar ambil daftar. itu jeh,
then, hantar buku buku taknak dekat rakan kesayangan ku yang memang payah nak angkat call. dahlah hujan woi, dengan muka dia yang mamai baru bangun tidur. 
lagi cantik dia boleh perli aku dengan
asal pipi kau makin naik eh?
eh kurang ajar kau! cakap jehla terus terang aku gemuk. ergh!
dan rasanya memang lepas SPM memang memang nak buat senaman itu ini semua. tapi mengenangkan cuaca yang tak menentu. *pemalas*
takpalah. one fine day aku buat tapi setelah disedarkan oleh aqish. aku harus kurus! bukan lah aku nak kurus mana sebab badan aku dh memang nampak kecik pun. pendek kan =..=
dulu berat aku. aku ingat lagi! dulu lah berat aku 45 jeh. tapi dia pergi naiknya sampai 50
bangang betul lah. memang mintak kaki jeh. jadi aku dah dapat cara alternatif tanpa perlu keluar rumah dan nak kene dress code ala ala jogging kan? alaa, kalau pakai baju tidur pun boleh pakai batik pun takpa.
dan disebabkan aku parah KPOP yang sangat suka menari nih. download jeh mana mana video diaorg then pagi pagi boleh exersice. on dekat tv. max volume. start freshing and everything lah. nak menari pun mesti ada senaman ringan kang tergeliat urat sendi aku yang sememangnya dah tersimpul 3 tahun yang lepas.
jadi aku pun dah tetapkan role model untuk dapat berat badan ideal nih. 
heh heh :3
disebabkan aku nak badan langsing mcm Hyuna biarpun dia kata kerja dia nak makan macam aku tapi badan tetap umph!
aku memang nak hapuskan lemak protein nih -..-
azam baru saya lagi :D
so jadual nak menari pun dah siap. semua dah ready. cuma diri jeh aja belum rasa nak ready mana
hahaha
takpa! aku pasi boleh! yakin aku boleh buat!!!!
so kalau aku buat sehari dua kali kelas dalam  menari nih. dalam masa sebulan aku dapat kurangkan dalam 2-3 kg
eh okaylah kan.
so dapat penasihat dr bro aku nih. dia kata elak makan malam. nak makan malam 6.30
yang seterusnya banyak minum air masak.
 and dia kata kalau dah malas sangat nak menari just naik turun naik tangga dengan sebanyak yang boleh.
dia kata biar cukup set, contohnya buat dalam 80 set turun dan naik
aku dengar jeh? apa kau cakap?? 80?? aku nak naik 10 set pun belum tentu dapat doo =..=
takpaa demi berat badan yang ideal nih dan tolong kembalikan aku yang keding dulu dengan perut kempis dengan size jeans aku 25. ohh pleaseee, kembalikan semua itu. 
nak macam gini lah. perut kempis ;D tapi aku cuma cakap aku nak badan macam dia bukan nak jual badan macam dia. nak dapatkan ideal berat yang sesuai dengan ketinggian. itu sahaja.

Tuesday, January 1, 2013

MILOS KARADAGLIC

hi, excited!
bhahahaha
okay, now nak cerita pasal MILOS KARADAGLIC
okay siapakah diaa??
dia dia dia
hehe
hehe
buah hati saya?
bhahaha
sudahlah berangan ain -.-
grrrr
okay, dia memang hot plus handsome giloooo sangat
mula mula bertentang mata dengan dia dekat dalam tv, heh heh :3
dia tak nyanyi tapi dia main gitar yang memang ohsemm!
ish hot nya laaa anak latin nih, kenapa lah handsome sangat anak orang nih woi!
hahaha
kalau qila minat junghwa dia
saya minat MILOS saya
haa! dia pun pandai main gitar macam junghwa. cuma dia latin yang handsome. heh heh :3
okay lagu yang tiap malam wajib didengari.
quizas
maksudnya?
perhaps
atototo comelnya lah sangat :B
 handsome betulah dia. time dia sinsing lengan baju dia. mama! handsome sangat sangat. kacak. sangat. tapi perempuan tuh. aduhai -.-
macam takda baju lain lah kau nak pakai kan? ish
mood lari bila nampak perempuan tuh
tapi nampak milos cair balik xD

handsome kan? tahu dah. and i've just realize one thing.
aku memang suka lelaki smart-beard nih. bhahahaha.
nampak macho la! i dont care he's hot.
and fattin, babe kau betul sangat! aku suka lelaki berjanggut xD
 


my new years

hai, HAPPY NEW YEARS everyone!
im not into this new years celebration =.=
umur bertambah satu. ah!
how i celebrate my new years
31 dis 2012
boring
duduk depan tv
makan
boring
tunggu fireworks kat depan rumah yang lembap nak meletup
then fireworks
HAPPY NEW YEAR
but still boring, dhla celebrate dgn pyjamas. sooo not cool!
muka toya, masuk bilik. tidur, berangan
1 jan 2013
oh boring
oh nicole kidman on tv! must watch!
then,
ADELE on tv
ohyeh!
memang dah macam tengok concert dia betul betul. siap volume max. dengan keropok milo memang macam tgh tengok concert dia live!
sambil makan sambil nyanyi.
masuk someone like you. huwaaa
nangis sekali. feeling~
iyerlah, dia dah bersama dgn dia kan.
haih~
pergi kedai beli aiskrim, kasi sejuk hati yang macam apa nih. haha. duit seringgit jeh pun, dapat beli aiskrim murah, tapi takpa sedap! duduk depan rumah, makan aiskrim dgn feeling.
bhahaha. ramai mamat pandang, buat muka pelik. ah! kesah apa aku penting hati aku nih kene betulkan balik. tapi mata usha juga, mana tahu boleh buat laki nanti. ah! bencinya bila dah tua nih -.-
okay, itulah penghabisan yang bosan. bye.