Tuesday, April 30, 2013

Sebulan bertapa di PLKN Semenyih

Assalamualaikum :)

     Wah wah udah lama tidak meng-update blog yg tidak kurang hebat berhabuk jugak. Seperti yang sedia maklum, aku kene masuk PLKN. Ulang suara! PLKN. kihkihkih. Dan sekarang aku baru balik dari rumah dan entah kenapa aku terlalu excited tengok rumah sendiri dan sekarang tengah nikmati angin sepoi-sepoi bahasa di luar rumah. Ecehh poyonyaa~

     Perkara pertama yang aku nak cerita, hari first day nak hantar naik bus aku dah buat muka tak seronok. Mula-mula kene beratur ikut penempatan kem. Masa tengah daftar tuh aku dapat rasa apa yang aku makan pagi tuh rasa nak keluar kan balik. Dahsyat! gagaga. Lutut waa gegar wooo! Lepas daftar, kene beratur atau dalam erti sebenarnya berbaris mengikut kem masing-masing. Masa tuh ntah macam mana, air mata jatuh. Pergh! Memang ada perasaan nak pergi perang. hahaha. Aku nampak mama tengah lap air mata, seperti telah dijangka kan oleh papa. Aku mesti nangis gila punya dan dan... sememangnya betul, aku menangis cakap "please amek kakak nanti. taknak pergi! nak balik! " sepanjang perjalanan nangis and kebetulan aku jumpa kawan baru so feeling dah okay sikit sebab jumpa kawan baru. hahaha.

   Next, setibanya aku dekat kem tuh. Pergh! Panas tahap gaban bhai! Memang first day muka aku dh belak. Memang panas panas sangat. Angin lembut ada tapi bahang panas tuh. Amboi! Menyampah! hahaha. Dah la mula-mula sampai kene marah. Cis! kurang asam jawo!

  Jadi bermulalah hidupku di KEMSIS. kuangkuang. Tempat dia, hmm not bad yang spoilt sikit. Tak sikit lah! Banyak sangat! Jiran sebelah tokei sampah. Korang ado?? hahaha. Kilang sampah kot! Sebelah-menyebelah memang hari-hari dapat perfume freeeee. OH! lupa suatu perkara. Saya wirawati Charlie BP604 . walaweh! Aku wirawati taw! Jaga-jaga sikit aku pang terabur gigi teruss. hahahaha. OH! lupa nak cerita panjang lebar lagi! Rumah I atas bukit youuuu. Dah macam puteri gunung ledang aku rasa. Nak naik kene panjat tangga escalaturr tak bergerak. gedebakgedebukgedebakgedebuk. Campur bukit curam lagi. Walaweh! Kacang goreng sangat lah! Memang sure sure korang pengsan atas tangga, then monyet kidnapped uolls. hahaha. Kay, lawak keh? lol.

   Bila bercakap tentang kem, mesti orang akan tanya "Makanan dia sedap tak??" weh! sedap gilaaa babi, siap sedia kan steak lagi kot. 6 kali sehari makan, dekat rumah sekali sehari jeh, sini... kau makan dan makan jeh kerjanya. Dan perkenalan ku pada chesseburgorr(biskut marie) . Mula-mula aku datang, pergh! Poyo gilaa kot! Makan selalu membazir, buang! Protes la kononnya. Sekali malam, serbu maggi! Mengong gilaaa. Sekarang dah tak, even ikan dia keras bila baling dekat dinding, dinding pun boleh retak seribu. Aku tetap licinkan tray aku tuh. Cewahh! Poyoo!

   Bercakap tentang kem, aku tak mentioned lagi nama jurulatih dekat situh. Hmm, aku dapat Cikgu Leha, Cikgu Nora, Cikgu Mila and Cikgu Nurul. OH! Lupa daddy I ! Cikgu Damak. hahaha. OH tidak lupa juga cikgu kawe hok sore tuh! Cikgu Shah! and and Cikgu Awi! peeewiiit! Rutin seharian aku, hmmmmmmmmmm......
*bangun pagi. Pagi sangat aku bangun. Dalam pukul 0400 gituh.
*lay-out katil
*masuk kelas modul MPK3 and MBK3
*kawad
*poco-poco
*naik dorm
*basuh baju
*prepared barang untuk esok
*tidur
hahhhh. Nampak senang kann? Sebenarnya susahhh sangat! Lagi-lagi yang kaki tidur melantak macam aku nih, hahaha. Nak bangunnya punya lah susah tapi demi waktu aku gagahkan diri juga ke bilik air sebelum kene serbu dengan budak dorm 6. Then, kalau cikgu tiba-tiba pesan suruh bawak turun segala peralatan baju Full Loreng, Baju PT and Baju Kelas, memang pengsan nak bwk turun naik nanti. Penat satu hal! Mengantuk satu hal lagi.

   Sekarang! Topik yang ditunggu-tunggu oleh aku sendiri. wakakaka. Mamat-mamat. OH! maaf maaf. Wira-wira dekat sini mula-mula sampai semua muka kacak lagi bergaya tapi setelah dibotakkan kekacakan pudar sedikit demi sedikit. heh heh. Kacak, tapi kesian jadi abang botak. Jangan main-main diaorang ada tepuk-tepuk abang botak taw. Bergaya gituhh! hahahahaha.
 

  Dan yang terakhir, aku jumpa kawan-kawan baru Leena aka Tanuja memang awesomeness gilaa kawan dengan diaa!! Kelakar! and Paha aka Farha comel. Cunn gilaa doo, mata macam anak patung. Macam Neelofa! Farah aka Jawo dia cakap comel and kelakar sebab ada slang jawo dia. haahaha. And tak lupa juga dengan budak-budak Charlieeee. gigigi. Lagi-lagi BP6 yang gilaa tahap gaban, hahahaha. Hmmm, aku belum masuk hutan lagi and aku belum pegang M16 sebab kelas baru jeh habis semalam. So, yeah! aku dekat rumah sekarang! jangan Jealous uollsss XD

Wassalam

  

Friday, February 22, 2013

conversation with *Le dad

Assalamualaikum,

                  On one fine day, me and Da dad were having a conversations about UPU and it was the day i found that Da Dad were so annoying than Mem Besar. bhahahahahaha, like seriously, i thought that he's kinda like coool person awesomeness and everything. ERGH! so damn annoying. hahahahaha. I do love him and dont get me wrong, i never hate him. hahahaha. Oh! okay, after the application to UPU we just knock off and kinda lika DUH! you're so annoying. hahahaha. Late night actually, it just me and him then GD on the TV! Seriously, if you dont ever know GD better kills yours gadget! He's like the dude man! SWAG!!

GD-Crayon.

Da Dad : "He's gay! i can see that he's super gay!" 

Le' me: " Pap! with da face, with that gay face he's billionnaire kot!" *dancing to the beat*

Da Dad : "So you like him that much huh? What're you an alien? He's freak lah kakak!"

Le' Me: "I know! That's why guys over here *cakap Malaysia* super jealousy with K-POP stuff because 
               the girls are into it! They were HOT and HANDSOME and CUTE. Btw, daddy-yoo your time is 
              over with the rock stuff. hahahaha"

Da Dad : "You cant find any better reasons to this. Its legendary kakak oi! Dang, girl!"

Le'me : "Since when you turned into her? hahahaha, you were superly annoying than her. hahahahaha"

Da Dad: "better ask her how we get married before and you'll know how annoying i am. hahahaha"

Le'Me: " I dont want to evahh.. think about it. hahaha. its complicated and euw"

Da Dad : "Marriage is complicated and soon its your turns. hahahaha. But papa tak mahu K-POPPERS or
                K-POP or what. Find a guy not a boy"

Le'Me: " errr now you're her! hahahahaha"


              Yes, Da Dad ..... ergh! hahahaha. but he's still Da Dad yang coool. hahaaha. So, itu sahajalah. hahaha, oh btw IM 18 dah :P
i know, hahaha. Papa cakap dh boleh tengok rated film. Duh! what a daddy i tell you! ntoh papo fikir. hahahaha. Later lah i post about my super sweet sour 18 stuff. daaa~

Wassalam.

        

Thursday, January 31, 2013

Zalora Talks!

Assalamualaikum?

     hehe, sorry ya post banyak banyak nih. Men, I have my own reasons ah! muahahaha. Baru lepas window shopping through Pakcik Google, bersama rakan sekepala. Hafazah nama dia. Nak berkenalan? Esok lusa lah! Aku nak cerita pasal "ZALORA" nih! Memandangkan, aku baya budak U, so nak berlagak sikit nak jadi macam diaorang.. muahahaha.

     Recently, hmm papa pergi belikan anak lelaki dia kasut bola sepak yang diidamkan oleh abang HOT kita tuh. So, secara tak langsung dia dapat. Jalan-jalan sekitar AEON tuh aku asyik nak menapak dekat kedai kasut jeh, cuma kedai kasut Converse aku takut nak menapak. muahahaha. To be honest, i've never had Converse nor sport shoes. Alahai, kesiannya saya nih! Pernah sekali aku tergerak nak beli, sekali mama cakap "kenapa beli kasut jantan?" I think my whole life will depending on her. Idk, she seems to controlling myself more than I do. Okay, so saja-saja terbehenti depan kedai Converse tuh, nampak satu kasut memang cun gila! RED! Nampak dia menari-nari depan mata. Dalam hati macam aduhai, lawa seh! Tiba-tiba...

     Papa sergah dari belakang. terkejut! Nasib tak tersilat dekat situh, then buat muka lepak "tengah usha kasut merah tuh." tengok papa tiba-tiba gerak pergi sana tanya brader kat situh, and tanya size aku apa and he asked me if i wanna. Really wanna this. Baru nak cakap "Ya!!" ada jeh mem besar nih. "Alah, nanti-nantilah beli. Sekarang nak pakai duit." eh eh, orang tak cakap pun nak beli, orang cuma cakap lawa jeh. Papa bisik cakap birthday nanti dia belikan. muaahahaha. Tak beli pun takpa, cuma nak cakap ianya lawa tapi dah orang cakap macam tuh, rezeki jangan ditolak and since im gonna be 18 nanti. ehemm, takdalah nak buat grand party keh apa. I just wanna get a job.Susah betul kalau jadi anak patung mama nih -.-

      Eh? Macam dah lari dari tajuk. yer, yer. Okay, kitaorang tengah usha usha barang dekat zalora. So, aku jumpa kasut yang aku nak but instead of Converse aku nampak benda lain yang lagi lawa. muahahahaha. Nafsu perempuan memang macam nih keh? bhahahahaha.


yang nih dah memang lama aku usha, tunggu nak turun harga jeh baru aku rembat.



rasanya aku ada black syndrome. look elegance yet comfort.

Sarankan siapa yang jenis malas nak menyakitkan kaki tapi nak shopping. feel free to drop by dekat ZALORA sebab macam-macam ada and plus its free shipping *teringat iklan Zalora*
and reasonable price per item siap ada discount.
menurut cerita mak aku lah, boleh bayar separuh-separuh and kalau tak puas hati boleh tukar with no charges! Haaa! Hebatkan pasaran dia? So for those memang bukan kaki window+shopping boleh terus beli online and sekarang dah banyak online kan? 
Goodluck 
Wassalam.

Al-kisah selepas title P

Assalamualaikum?

        First of all, korangs semua nak kene wish congrats sekali lagi sebab kali nih memang sah sah aku dapat P dalam erti kata sebenarnya. muahahahaha. Just now, aku dapat text dari Kak Siti (cikgu) dia kata lesen sudah pun siap cuma dia nak mengato agak tak akan. Ha ha sebab sebab? Dia pregnant dol, kesian dia kehulur kehilir dengan perut besar dia. Mama pun cuak bila nak mengato aku kat sana, takut aku yang terberanak kan orang. Ehehh? Macam tahu-tahu jeh cita-cita tak jadi aku? muahahahahaha. Okay, mari kita teruskan sesi perbincagan.

         Yesterday, ecehh. Macam nak menyanyi lagu Beatles jeh eksen aku nih. ah! Okay, semalam pergi hospital melawat ayah su aka pakcik perasan muda nih. Dia kene admit dua hari yang lepas, sebenarnya dia dah lama sakit. Maksud aku, dia dah lama cuti atas sebab saranan doktor lah kan. Dengar dari perbualan mama&papa lah dia punya tulang terkehel dari kedudukan. Adoi, kalau doktor-doktor tahulah penyakit apa tuh. Sebab dia kerja bahagian painting so banyak duk tunduk-tunduk kan itu yang terkehel. Mama kata dulu pun dia pernah kene, memang sakit sangat dan aku mula terpinga-pinga sejak bila pulak doh? muahahahahaha.

          Seterusnya, haaa! Korang mesti tak faham dan macam tak maksud akal apa kene mengene perkara diatas dengan tajuk kan? muahahahaha. Aku pun. Oh tak! Ada kene mengene! Sebabnya, semalam aku pergi melawat dan semalam jugak lah aku merendek area Shah Alam. wah wah wah! Hebat gituh! Dibawah adalah perbincangan antara aku dan papa.

Aku:  Pa nanti nak bawak kereta boleh? Boleh lah eh? Boleh eh eh? *tayang gigi sambil buat muka* *serious hodoh*

Papa: Bawak kereta? middle of night? *buat tayangan gigi jugak* Nope thanks. Please come again.

Aku: *muka frust seribu tahun* yelah yelah tunggu dapat lesen. *sambil tekan butang lif*

Sesampai sahaja di car park.....

Papa: Nah. Here's the key, ingat! Tekan break dulu.

Aku: *muka terkejut dalam hati loncat macam apa* Serious keh? Walaweh!
   
     *bunyi-bunyi sumbang dari Mem besar*

"Tak bahaya keh malam-malam bawak nih!"

"Tak payah lah pa!"

"Tunggu dia dapat lesen"

           Dan al-kisahnya aku bawak dengan hati riang. muahahaha. Tapi takdalah seriang kanak-kanak ribena sebab aku asyik dengar ada bunyi-bunyi yang paranoid. muahahahaha. Banyak bendalah dia tak puas hati, tengok kiri kanan semua. Selayaknya dia yang jadi JPJ. muahahahaha. Asyik tak puas hati aku bawak, padahal aku bawak takdalah membahayakan. Tengok papa muka rileks jeh, cuma bagi arahan suruh belok mana and naikkan speed, bab naikkan speed aku takut sikit. Kalau kereta saga tuh takpa! Inih unser! Bergadai nyawa jehla jawabnya. muahahahaha. Kereta tuh macam unstable bila aku bawak lebih 80km/j. Then dengarlah jeritan, bawak elok-elok sikit nih kiri kanan kiri kanan. Grr! orang dah cakaplah kereta! Bukannya orang buat suka-suka! aku bwk 40km/j bising perlahan sangat nanti terlanggar dengan orang yang nak masuk selekoh lah apa lah.

          Jadi, dengan berat hatinya, aku cadangkan nak berhenti biarpun dalam hati memang aku nak pusing satu Shah Alam dengan speed yang aku baru belajar dari papa. muahahahaha. Eksyen! Bosan dengar mama asyik suruh aku focus, padahal aku dah focus gilaa. muahahaha. mama takut aku ngorat mana-mana brader motor yang lalu belah aku kot *bab nih! memang sah bukan mat rempit sebab dia naik vespa. duh comel ah!* So tukarlah tempat seat, nasib baik aku tergerak nak tukar awal! Tiba-tiba kereta peronda lalu sebelah kereta. Fiuhh! Papa kata nasib tak kene bayar saman keh masuk penjara keh sebab malam tuh aku bawak badan jeh, handphone semua tinggal memang betul betul badan dan perut kosong mintak nak makan kedai mamak. muahahahaha. *ohya! semalam aku mintak burger monster lepas habis makan roti canai pisang. mama kata lain kali jeh. haa! aku tuntut bab makanan nih. muahaahhahaha*

         Da End, Wassalam.

Friday, January 25, 2013

Adam&Hawa ep 1-10

       Salam, as for the entries. Hmm, just a quick snap for Adam&Hawa and aku tahu yang aku lembap plus tertinggal kereta api sebab baru nak tengok Adam&Hawa. Hey! my mom wont let me buy this Mustika package. muahahaha. Maybe she wont do anything and just sit infront of the tv, critism for the hero or heroin and she will end up by her stories. muahahaha. i know her well, babe aku duduk sebelah menyebelah siap kaw-kaw kutuk lagi. muahahahaha. papa cakap kalau dua-beranak nih ada, kerja nak mengutuk. muahahaha. Okay! i should stop now.

       Lets start with episode 1-4, hmm tiada apa yang berlaku sebenarnya cuma Adam atau lebih dikenali sebagai Am bekerja sebagai juruterbang MAS dan Ain sebagai guru tadika di tadika empunya kakak Am. Pada mulanya, diaorang bertemu apabila Ain memulakan hari pertama sebagai seorang guru di sebuah tadika. Am yang playboy, mula jatuh hati dengan sikap Ain yang jenis jual mahal. Maka, dia rasa tercabar dengan layanan tak seberapa Ain. Then, the stories begin with an epic situation, dimana Am mula merindui Ain dan membelikan seekor? sebuah? dah lama tinggalkan sekolah harap maaf. teddy bear. Am hadiahkan Ain teddy bear, dan itu adalah pertama kali Am membelikan hadiah buat perempuan. Playboy kan? Then, Am cuba pelbagai taktik dengan bagi bunga, poets untuk Ain tetapi Ain buat donno oo jeh, sebab semuanya macam pesan dekat dia suruh hati-hati dengan Am yang playboy nih. Kak Long, Dee, Cikgu zawiyah semuanya gilakan Am tapi Am gilakan Ain.

       Conclusion for episode 1-4, hmmm exciting! and the way Aaron Aziz berlakon kinda naturally playboy. weh muka handsome kan? hehe, i need to make a conffesion sikit. Aku berangan sikit, yelah dah nama watak heroin nya Ain, nama aku pulak Ain. muahahahahha. Rasa perasan sekejap dibayangi oleh Aaron Aziz. muahahaha. Dan sikap Ain dalam kes nih ada sikit macam aku, jenis suka cakap sorang-sorang but luckily i hate bears and flowers. playboy memang itu jehla permainan dia. Boring~

        Episode 5-10, okay, masuk episode nih mood sama macam dekat atas, perkara sama Am buat nak ngorat Ain. So macam-macam taktik lah yang Am tackle. Okay, apa yang aku paling suka part nih bila Ain gaduh dengan Dee
      "Hey You!" Dee jerit

       "Ya saya?" Ain.

      "Kau pergi mana semalam? Mana Am? Eh kau nih mesti malam-malam jual badan!" Dee
      
      " Oh! Cik nih nak cari Am, memang-memang saya keluar dengan Am semalam!" Ain sengaja.
     
      "Am tak layak dengan kau, perempuan jahat!" jerit Dee
     
      " Oh cakap aku jahat pulak? Memang aku jahat! Kalau aku jahat aku jahat sungguh-sungguh
        taw!" Ain balas dengan geram.
   
      "Okay! kita tengok siapa paling jahat!" Dee start kereta and shoot away. Blah blah..
 Hmm, bestkan? muahahaha. aku dekat luar just jerit! go for it Ain! Ain! Ain!
Time nih part paling tak gembira bila, Kak Ruby mintak tolong hantarkan barang dekat rumah Kak Zah, kakak Am. Ain dengan baik hati pergilah hantar dengan tak syak apa-apa. tapi! ini semua plan gila si Dee bodoh tuh. muahahaha. Ain masuk rumah Kak Zah ikut pintu belakang, and time tuh pulak pintu dapur memang tak kunci and bibik hilang entah ke mana.

          So, Ain just letak barang tuh atas meja dan bagi salam berkali-kali tapi takda jawapan. She head up to the living room and found Am yang clearly HOT gila time tuh. muahahaha. Am pelik macam mana Ain boleh masuk rumah, Ain baru nak cerita, ada orang ketuk pintu rumah and diaorang dari pihak jabatan agama. Yup! Am dengan Ain kene tangkap khalwat! Time nih memang sedih, kesian dengan Ain. mencurah-curah air mata aku yelah dah aku bayang aku tuh Ain Hawani kan kan. Dia minta tolong dengan semua orang tapi takda sorang pun nak back up dia even Am pun diam jeh! Ish Am! Kasi penampaq kang! Ain menangis merayu dengan semua orang cerita kan apa yang sebenar-benarnya yang terjadi. Ain rebah time PakLang dia kata nak kahwinkan Ain malam tuh jugak, masa tuh Ain dah macam orang hilang akal tak boleh nak cakap apa. Kesian Ain, muda dah kene kahwin.

        So, that's it. aku tengok sampai situh jeh. aku akan ulas balik bila aku dah habiskan 10 episod sekaligus. For those yang tak minat cerita macam ni, i think you should give a try. Hey! its not that bad lah! Nak tahu! even budak nakal kat sekolah aku yang memang dasar kaki ponteng tapi otak geliga pun suka tengok Adam&Hawa nih. Dulu, aku boleh gelakkan dia kata itu ini tapi itulah cool juga drama melayu yang diadaptasikan dari novel. Ohya ! sebelum terlupaa, rasanya aku ada novel dia but suddenly it went missing. Kepada sesiapa yang meminjam please return it. I need to review the novel again sebab dah lupa jalan ceritanya macam mana. And yah its hard to believe aku yang Kpoppers nih layan drama melayu, i think this is the time aku layan. Even papa pun layan Setia Hujung Nyawa. Pelik dah tuh kalau dia melayan, sebab kerjanya jadi pengkritik tak berbayor. muahahahahaha. Rasanya, drama melayu dah makin menarik :)


 
novel atas, poster dekat bawah :)
enjoy :)
and yang bawah ini OST untuk Adam&Hawa
Muara Hati- Dato' Siti Nurhaliza ft Hafiz
its a great songs and i really love it.
 
Wassalam.


Thursday, January 24, 2013

Sehangat Asmara

       Salam, dont says anything about the title! a bit... i know! muahaha. okay, lets start with the novel itself.
 

           Hmm, i bought the old version. the white cover but the main still the same. the first novel ever I've read! muahaha. i start reading when im 13. duh, patut aku gatal sangat. muaahahaha. Well, biasalah, at that stage mana suka sungat bab cinta-cintun nih maybe sebab tengok mama bersungguh sangat baca so aku pun baca. Interesting! jalan cerita dia, tak macam dalam drama melayu lah. slow-mo versions dengan konflik harta. Damn! i hate tthat!
         
          Selepas Adam&Hawa, the-hottest-ever-drama-in-2012 that's what they said. Astro gantikan dengan "Sehangat Asmara" . Pelakon hero dia buat aku teruja sangat! ADI PUTRA! muahahahaha. He's so damn much HANDSOME! Aku rasa dialah lelaki paling macho on earth! muahahahaha.
Thanks to Astro! aku tak langgan Mustika. Again, Astro thank you so much for releasing it dekat Mustika HD yang menyebabkan aku pujuk gilaa punya dekat mama and the answer is NO! haiyoo~

         Mula-mula dah cukup putus asa! Why me?! but hey man! papa dah anugerah satu buah teknologi canggih with no payments. Apalagi, seacrh dekat Google and i found this link http://ezany-kun.com/video-drama-sehangat-asmara-full-episode/
Yah baby! the Full version! muahahaha. Until now, dekat situh episod cuma sampai tiga jeh but its okay, i wont give up! akan aku cari sehingga ke lubang cacing pun link nih. muahahahahaha.

          I just wanna share with everyone about the drama which is gonna beat that AH. I mean, ADI PUTRA lol xD okay, for anyone yang takda mustika macam aku but still nak juga tengok just klik dan layann saja~ 

          Oh,  aku akan report dekat korang and make a simplest conclusion about the drama tapi nanti-nantilah lepas aku habis tengok 33 episod ini, okay? okay :)

          Ohya! did i mentioned that my latest cousin name "Aisya Sofea" too? Mummy just too addicted with the writer and named it after her for 2nd daughter. Congratulation mummy :)
and the baby is so sooo soo sooo sooo cute. i wish i had one! aha? muahahahahaha.
 
 




Adi Putra :D
 
this is officially OST for Sehangat Asmara
Ratuku- Awie ft Adira
the old songs and it will reminds you the memories between you and her/him
Wassalam.


Salam Maulid Rasul dan M-Drama.

        Salam, buat semua muslim dan juga Salam Maulid Rasul bagi semua umat islam. Hmm, semua pergi berarak pagi nih? Harap semua pergilah sebab tadi pun aku pergi. haha. Never in my life, adalah dulu masa sekolah rendah tapi dah terlambat kan? Okay, happy tak semua sambut tahun kelahiran Nabi Muhammad? Ish, mestilah semua happy kan and mama ada masak sedap harinih. Haha.

        Seterusnya, ohya! lepas balik rumah apalagi sambung tidur lah kan. muahaha. Bad kiddo. haha. okay, sekarang nak cerita pasal M-drama, and sejak akhir-akhir nih aku terlalu melayan drama melayu yang penuh dramatik dan konflik melayu. muahahahaha.
 
         Dan ada sesiapa yang melayan cerita "Setia Hujung Nyawa" ? Weh cool enough for me! muahaha. Cerita ini diadaptasikan dari novel, hmm, never been bought this novel. Asal nak beli jeh "SOULD OUT" . Wah wah wah! dah macam goreng pisang Cik Mah. heh heh :3 sedap dol goreng pisangnya~

         Oh, harus menceritakan kah tentang drama ini? Okay, cerita sekali nafas jehla eh. muahahaha. Ersalina dan Zain berkahwin atas desakan kedua ibu bapa, diaorang tak pernah mengenali tapi tanpa diaorang sedar diaorang sebenarnya dah jumpa pun. Jumpa dekat kedai kasut, dan mula lah episod-episod yang mana bermula dengan perbalahan tapi berakhir dengan percintaan yang romantis. ewahh gituhh~

          Permulaan hubungan sebagai suami isteri sangat comel dengan kerenah manja El dan gaya macho Zain. Tetapi ada rahsia disebalik perkahwinan ini, El mengandung?!! Dan bermula lah episod duka El. atoto, kesiannya El. Zain mula memberontak dan cuba untuk membenci El, tapi sejauh manalah kebencian bila rindu cinta mula sudah pun berputik? kan kan? Benci tahap gunung everest dekat El pun dalam hati tetap ada taman bagi Zain. El cuma terima dan redha dengan hidupnya.

         El cuba sehabis mungkin untuk memujuk Zain tapi hati si Malaun Zain keras macam batu, nak ketuk-ketuk guna pahat pun belum tentu jalan. Macam biasalah, nama pun drama melayu kan? Mestilah ada orang ketiga keempat kelima sampai kesepuluh dalam hubungan diaorang nih.
Hardy yang terkejar-kejarkan bini orang, sanggup racun fikiran kawan baik dia sendiri Zain untuk menceraikan El dan kemunculan Iqram tiba-tiba menambahkan lagi derita El. Dialah orangnya, yang mengandungkan El!! Tanpa rasa tanggungjawab dia tinggalkan El, nasi dah jadi bubur barulah nak mencuba nasib nak membaik pulih keadaan. Kenapa tak masa El tengah solo dulu? Ciss drama melayu.

          Muncul pula orang ke-5 dalam drama ni, Heliza. Kawan sekutu-sekufu dengan Hardy! Kerja nak meruntuhkan masjid orang! Tolonglah! Kalau muka lawa macam El takpa, ini setepek jeh aku tengok. huh~

           Akhir kata, cerita nih memang penuh dengan konflik bila mama Zain suruh ceraikan El. Dan aku pun tertunggu-tunggu sambungannya.
                                                 
Wassalam.