Friday, December 28, 2012

4 days with mama

hai,
woooopss. mueh mueh mueh :3
okay now nak cerita how's awesome spending times with my mama. hahahaha
btw dia gelak wow sungguh hebat and and macam nak gegar rumah nih. okay sebab kenapa hanya ada mama and aku dirumah kerana yang lain-lain (papa,abang,baby and chimpui) balik kampung. ohh, ada sebab sebenarnya saya tak balik kampung, saya ada kelas memandu. penatnyaa driving -.-
dengan stering kereta yg besar bagak, sampai aku nak pusing pun ngn badan-badan aku sekali senget-senget tak masuk lagi bab handbreak. weh memang bangang betul lah aku ckp, handbreak mana pernah aku yg turunkan. semuanya cikgu aku tolong buat. lagi-lagi masa nak naik bukit. ketar gegar aku, siap jerit-jerit lagi and kaki aku tekan clutch tak sampai. ya Allah dugaan betul nak bawak kereta nih -.-
eh melalut sampai ke kereta lah puloks. sorry sorry. okay first day memang takda kat rumah tinggal mama sorang-sorang. asyik asyik text aku tanya :
mcm mana, okay keh?
balik pukul berapa?
lambat lagi keh balik? mama takut nih.
haaa, sayang nya mama kat aku. mueh mueh *jentik dahi ain*
balik rumah terus tidur, mak ngantuknyaaa. then bermulaa adegan bujang senang duduk dgn mama. mama dah pesan dia taknak masak. aku pun no hal sebab aku pun jenis bukan makan banyak mana. tidur dalam bilik mama! haha. dh lama tak tidur bilik mama sejak aku kene halau darjah 6 dulu. bhahaha. *malu*
then, a bit awkward. nak tidur pun mcm susah jeh. tapi tapi! aku bercerita dgn mama macam macam, dari crush yang aku suka sampai lah ciri-ciri lelaki aku nak. mama memang hebatlah! siap cerita lagi macam macam and and kitaorang ada buat perjanjian. ceh? macam budak kecil jeh doo.
perjanjiannya adalah :-
jangan nak kenen kan orang
mama jawab :-
takda masa nak kenen kan
and aku yelah yelah ma. hahaha. risau jugak aku mama asyik tanya ada bf keh tidak. mana tahukan, ish nauzubillah minta jauhkan. hahahaha
okay second day.
macam kelakar gila mama pagi pagi dah bersiap, aku ngan muka mamai tanya nak pergi mana. mama just cakap nak gi shopping. and aku cuma oh, okay bye then. tak sangka kuat jugak mama. hahaha. pergi tariknya kaki aku suruh mandi siap bebel panjang lagi kata nak pergi macam macam tempat. biasalah perempuan. memang banyak tempat dia pergi. ah! jenuh kaki tunggu dia beli baju nasib ada habuan. mueh mueh mueh :3 dapat jam dari mama. yang sebenar benarnya nak kasut, tapi takpaa lah. nak pau papa puloks. hahaha xD
mama shopping. mak oi, dr pagi sampai malam baru balik. dr kepala sampai kaki dia beli. ish ish, macam nih keh kehidupan perempuan? bahana betul. memang penat tapi tidur tetap 2 pagi jugak yehlaa banyak benda nak cerita siap reka cerita sendiri lagi.
third day,
muka mamai lagi. sebab tidur lambat sangat, subuh pun terlajak keh 8. memang lah. baru ingat nak sambung buat airliur mama suruh mandi, siap-siap harinih nak keluar lagi. ahh! keluar lagi?!! sabar jeh aku, penat semalam tak habis lagi dh sambung nak keluar lagi. pagi pagi dgn tak breakfast nya keluar pergi beli buku adik-adik kesayangan nih. memandangkan aku memang dh tak sekolah, haihh, rindu pulak pergi sekolah. sampai jeh sana, woi ramainya nak beli buku. aduh! kebas kaki aku tunggu beratur dgn makcik bookshop yg suka bebel mcm takda kesudahan dengan perut aku lapar giloo nih. ish rasa nak jerit jeh! dah habis beli mama nak belanja pizza. yeayyy! pizza! sukanya pizza!! pergi aeon bukit tinggi. sampai sana, semua tempat penuh nak kene tunggu orang keluar pulak. hadui! hantuk kepala kat dinding jeh -.-
lepas makan lepak sat, pergi popular. ohyeah! dah lama aku tak pekene novel-novel baru nih. bestlah jugak. sampai 4 novel borong. mama sponsor. heh heh heh :3
then, masuk jusco. teman mama shopping lagi dan lagi. nak beli satu barang lamanya lah. tunggu lagi! then, dia pergi lagi masuk kedai. tunggu lagi! last last balik malam jugak. penat! malam sekali lagi tidur lambat. ahh! tension aku!
last day.
pagi pagi tengok mama dah takda. sudah pergi mana pulok nih? turun-turun tgk mama atas sofa tgah baca novel baru. dengan muka tak mandi aku pun join sekali. heh heh heh :3
tak sedar diri, sampai azan zohor barulah aku pergi wangikan diri. novel punya pasal. masa tuh perut aku mintak nak nasi, tapi sebab mama kata malas nak masak terpaksa lah aku makan roti dgn milo, kenyang sekejap jeh. aku start lapar balik. haha. tapi buat donno jeh. tidur lagi bagus. haha. bangun tidur nampak mama busy kat atas kemas rumah. alahai, malasnya tp sbb dah janji terpaksalah. habis kemas, mama nak ambil baju papa kat kedai. okay pergilah, mama tanya nak makan apa. mcm nak makan tomyam tp kedai baru nak bukak. last last menapak kat mcd. mcd lagi -.- baru ingat nak boikot. tapi sedap pulak peken ayam mcd. haaa! yg regular jeh aku makan, spicy aku tak boleh telan. tekak org kelate mana boleh pedas pedas xD
tapi apa yang boleh aku cakapkan adalah. dulu dulu time mama text aku aku balas macam nih jeh :-
ya
okay, noted
dan kadang kadang aku biarkan jeh, malas nak layan. yelah duduk satu rumah tapi lepas dah hang out selama 4 hari nih aku baru sedar, dah lama tak cerita dgn mama. sembang sembang, so setiap hari mama text aku. aku pun cerita lah macam macam. apa jadi ngn rumah. aku ckp ngn sapa and macam macam lagi. buat kali pertama, aku bagi mama baca semua perkara dekat fb. hailaa~
anak yang taat aku nih. hahahaha. apapun biar penat tapi aku gembira sangat. rasa macam harituh mama sayang aku sorang jeh. patutlah adik aku yg lelaki tuh mengamuk sakan, dia jealous aku share mcm mcm ngn mama. heh, kau papa ada. pergilah sana. hahahaha.
and bye.

No comments:

Post a Comment