Friday, December 28, 2012

4 days with mama

hai,
woooopss. mueh mueh mueh :3
okay now nak cerita how's awesome spending times with my mama. hahahaha
btw dia gelak wow sungguh hebat and and macam nak gegar rumah nih. okay sebab kenapa hanya ada mama and aku dirumah kerana yang lain-lain (papa,abang,baby and chimpui) balik kampung. ohh, ada sebab sebenarnya saya tak balik kampung, saya ada kelas memandu. penatnyaa driving -.-
dengan stering kereta yg besar bagak, sampai aku nak pusing pun ngn badan-badan aku sekali senget-senget tak masuk lagi bab handbreak. weh memang bangang betul lah aku ckp, handbreak mana pernah aku yg turunkan. semuanya cikgu aku tolong buat. lagi-lagi masa nak naik bukit. ketar gegar aku, siap jerit-jerit lagi and kaki aku tekan clutch tak sampai. ya Allah dugaan betul nak bawak kereta nih -.-
eh melalut sampai ke kereta lah puloks. sorry sorry. okay first day memang takda kat rumah tinggal mama sorang-sorang. asyik asyik text aku tanya :
mcm mana, okay keh?
balik pukul berapa?
lambat lagi keh balik? mama takut nih.
haaa, sayang nya mama kat aku. mueh mueh *jentik dahi ain*
balik rumah terus tidur, mak ngantuknyaaa. then bermulaa adegan bujang senang duduk dgn mama. mama dah pesan dia taknak masak. aku pun no hal sebab aku pun jenis bukan makan banyak mana. tidur dalam bilik mama! haha. dh lama tak tidur bilik mama sejak aku kene halau darjah 6 dulu. bhahaha. *malu*
then, a bit awkward. nak tidur pun mcm susah jeh. tapi tapi! aku bercerita dgn mama macam macam, dari crush yang aku suka sampai lah ciri-ciri lelaki aku nak. mama memang hebatlah! siap cerita lagi macam macam and and kitaorang ada buat perjanjian. ceh? macam budak kecil jeh doo.
perjanjiannya adalah :-
jangan nak kenen kan orang
mama jawab :-
takda masa nak kenen kan
and aku yelah yelah ma. hahaha. risau jugak aku mama asyik tanya ada bf keh tidak. mana tahukan, ish nauzubillah minta jauhkan. hahahaha
okay second day.
macam kelakar gila mama pagi pagi dah bersiap, aku ngan muka mamai tanya nak pergi mana. mama just cakap nak gi shopping. and aku cuma oh, okay bye then. tak sangka kuat jugak mama. hahaha. pergi tariknya kaki aku suruh mandi siap bebel panjang lagi kata nak pergi macam macam tempat. biasalah perempuan. memang banyak tempat dia pergi. ah! jenuh kaki tunggu dia beli baju nasib ada habuan. mueh mueh mueh :3 dapat jam dari mama. yang sebenar benarnya nak kasut, tapi takpaa lah. nak pau papa puloks. hahaha xD
mama shopping. mak oi, dr pagi sampai malam baru balik. dr kepala sampai kaki dia beli. ish ish, macam nih keh kehidupan perempuan? bahana betul. memang penat tapi tidur tetap 2 pagi jugak yehlaa banyak benda nak cerita siap reka cerita sendiri lagi.
third day,
muka mamai lagi. sebab tidur lambat sangat, subuh pun terlajak keh 8. memang lah. baru ingat nak sambung buat airliur mama suruh mandi, siap-siap harinih nak keluar lagi. ahh! keluar lagi?!! sabar jeh aku, penat semalam tak habis lagi dh sambung nak keluar lagi. pagi pagi dgn tak breakfast nya keluar pergi beli buku adik-adik kesayangan nih. memandangkan aku memang dh tak sekolah, haihh, rindu pulak pergi sekolah. sampai jeh sana, woi ramainya nak beli buku. aduh! kebas kaki aku tunggu beratur dgn makcik bookshop yg suka bebel mcm takda kesudahan dengan perut aku lapar giloo nih. ish rasa nak jerit jeh! dah habis beli mama nak belanja pizza. yeayyy! pizza! sukanya pizza!! pergi aeon bukit tinggi. sampai sana, semua tempat penuh nak kene tunggu orang keluar pulak. hadui! hantuk kepala kat dinding jeh -.-
lepas makan lepak sat, pergi popular. ohyeah! dah lama aku tak pekene novel-novel baru nih. bestlah jugak. sampai 4 novel borong. mama sponsor. heh heh heh :3
then, masuk jusco. teman mama shopping lagi dan lagi. nak beli satu barang lamanya lah. tunggu lagi! then, dia pergi lagi masuk kedai. tunggu lagi! last last balik malam jugak. penat! malam sekali lagi tidur lambat. ahh! tension aku!
last day.
pagi pagi tengok mama dah takda. sudah pergi mana pulok nih? turun-turun tgk mama atas sofa tgah baca novel baru. dengan muka tak mandi aku pun join sekali. heh heh heh :3
tak sedar diri, sampai azan zohor barulah aku pergi wangikan diri. novel punya pasal. masa tuh perut aku mintak nak nasi, tapi sebab mama kata malas nak masak terpaksa lah aku makan roti dgn milo, kenyang sekejap jeh. aku start lapar balik. haha. tapi buat donno jeh. tidur lagi bagus. haha. bangun tidur nampak mama busy kat atas kemas rumah. alahai, malasnya tp sbb dah janji terpaksalah. habis kemas, mama nak ambil baju papa kat kedai. okay pergilah, mama tanya nak makan apa. mcm nak makan tomyam tp kedai baru nak bukak. last last menapak kat mcd. mcd lagi -.- baru ingat nak boikot. tapi sedap pulak peken ayam mcd. haaa! yg regular jeh aku makan, spicy aku tak boleh telan. tekak org kelate mana boleh pedas pedas xD
tapi apa yang boleh aku cakapkan adalah. dulu dulu time mama text aku aku balas macam nih jeh :-
ya
okay, noted
dan kadang kadang aku biarkan jeh, malas nak layan. yelah duduk satu rumah tapi lepas dah hang out selama 4 hari nih aku baru sedar, dah lama tak cerita dgn mama. sembang sembang, so setiap hari mama text aku. aku pun cerita lah macam macam. apa jadi ngn rumah. aku ckp ngn sapa and macam macam lagi. buat kali pertama, aku bagi mama baca semua perkara dekat fb. hailaa~
anak yang taat aku nih. hahahaha. apapun biar penat tapi aku gembira sangat. rasa macam harituh mama sayang aku sorang jeh. patutlah adik aku yg lelaki tuh mengamuk sakan, dia jealous aku share mcm mcm ngn mama. heh, kau papa ada. pergilah sana. hahahaha.
and bye.

Friday, December 14, 2012

The Hunger Games

hi,
okay first kali nak cakap cerita nih sumpah best bangat! *awat indon na* tapi serious memang best, macam macam pengganti harry potter yang akan jadi hits macam cerita harry potter and twilight :)
kay kay kay mesti cakap lembap baru nak tgk movie nih kan kan? ahh, biar laah aku spm kau apa ada? haha. dapat tengok nih pun sbb pinjam dvd dr mak su. thanks mak su :D
taknak cakap kisah nih berkisarkan apa and ending dia macam mana, cuma nak cerita sikit sikit aja la and i still dont get it about district nih =.=
okay pasti semua tahu watak utama adalah perempuan iaitu katniss everdeen (Jennifer Lawrence)
dia sangat kental dan tabah. sangat. demi keluarga sanggup berkorban biarpun dia tak tahu apa akan jadi nasib dia and dia juga jenis baran. boleh dikatakan macam aku! ahhh perasan punya ain :P dan dia juga bijak tahu. bijak dalam permainan ni sebab dia dah berjanji dengan pimm *adik dia* and rou *kwn dia* untuk kekal sampai yg terakhir agar boleh memenangi dan boleh keluar dari situ. tetapi setabah kat pun tetap akan jadi cair dengan penangan lelaki. ntah apa magic peeta mellark pakai sampai kat boleh nak kat dia. tapi tak salahkan pun kat, sebab dia memang patut pun dengan peeta. sangat sangat sangat romantik. tak sangka dia pun suka kan peeta. mungkin beban yang kat tanggung tuh terlalu berat. mula mula tengok memang mata dekat gale *tunang miley cycrus* oi mak awat handsome sangat anak omputih ni?? haha. tapi bila dah diaorg kene pi hantar kat city apa tah, jadi cute pulak tgk peeta nih even dia pendek. nampak yang kalau dia sayangkan perempuan tuh, dia macam sayang sangat sangat. cara dia luahkan cinta dia tuh. ohmaiii!! haha. dari benci watak peeta jadi suka ngn dia. patut sebelum start jeh game tuh peeta dah warning jgn pergi kat khemah penuh barang tuh and start running masuk hutan. tapi si kat pelik, start jeh game tuh baru dia faham yang diaorg kene bunuh sorang sorang dr berlainan district so diaorg boleh menang, and kat dh memang aim panah busur kat tpi kene shoot dgn perempuan mana tah
then lupakan busur pergi amek beg yg penuh kit
lari laju gilaaa and sorang sorang pulak tuh dalam hutan. kesian dia.
then, after a few days, dia dengar ada beberapa org mati and masa dia kat atas pokok dia nampak peeta and geng dari district 1-3 so dia mcm geram sikit ngn peeta yg sanggup khianat dia.. then dia teruskan perjalan tapi dia kene bakar dgn fireball. main kasar nampak org atasan nih. masa dia masuk kat sungai tuh terserempak pulak ngn geng peeta. dia cepat cepat panjat pokok and diaorg sanggup tunggu bwh pokok tp rou mcm bg signal suh jatuhkan sarang lebah dekat diaorg. kat buat and dia pun kene sengat juga, so adalah dalam 2-3 org mati dlm geng tuh. then, dia macam ala ala pengsan peeta suruh dia lari cepat cepat sebab geng dia nak kejar kat. nasib dia selamat ngn rou tp kesian rou pulak yang mati. dia semadikan jasad rou dgn bunga bunga putih and district rou mcm pandag hormat laa ngn rou and ayah rou bengang anak dia mati mula memberontak. lepas seminggu, aku main agak. dia terjumpa peeta dekat sungai, peeta cedera tapi macam tak sangka diaorg peluk sebab diaorg gaduh sebelum nih, so diaorg pun sorok dalam cave. alamak, kiss scene. kat kau berani betul laa! hahaha. and diaorg menang dalam pertandingan tuh tapi cuma dia ada satu pemenang jeh, so kat ambil keputusan nak makan berry beracun sama sama ngn peeta. erghh! comel ah!
kat: here
peeta: are you sure?
kat: we have to neither of us can go home now
peeta: together? *smile*
kat *smile* together
tapi tak makan pung! menang terus macam tuh jeh :P haha
habis, bye.
*takda gambar sebab malas* *sorry* *nak google sendiri*

Thursday, December 13, 2012

hilang

hi,
berkaitan dengan ayat hilang seperti di tajuk atas.hehe. aku hilang dalam rumah which is funny and huh? agak kelakar di situ apabila kecoh satu rumah cakap "kakak dah hilang!" "call mama" padahal aku duduk dalam bilik air, itulah bangun lambat lagi tengok tengok aku hilang. hah, tahu takut bila kakak kejam kau nih hilang. haha.
yang kelakarnya aku ngan muka tak bersalah keluar dari bilik air "eh korang jgn lupa tolong kakak kemas rumah kalau tak taknak masak" and masa tuh semua jerit "kakakkkk!!!!" "kakak pergi mana?" aku ngan muka blur pandang badan aku, eh aku buta keh diaorg buta ni? tak nampak badan aku balut tuala ni? buat muka bangang " baru balik bajak sawah padi tadi. eh sengal keh mestilah baru lepas mandi, apahal muka korang semua mcm lepas nampak hantu nih?"
"nih diaorg kata kakak hilang, kan abang dah kata ada kat dlm bilik air. bongok!" sambil jeling manja kat chimpui *fatin*
then chimpui hulurkan fone aku katanya banyak call dr org which is mama. bukak jeh mak kau banyak nye text dr mama plus papa pun call. apehal pulak nih? paling paling aku cuak sekali text dr mama bunyinya sebegini :-
kakak pergi mana? fatin kata kakak dh hilang. call mama kalau dapat text sekarang juga. mama nak buat report polis kalau kakak tak call sekarang! pergi mana?!! risau mama ni!! *muka garang*
puii, polis sampai? ish ish, baru hilang kejap dlm bilik air call polis haiyaa~~
chimpui ah cakap dia dah check semua bilik panggil nama aku byk kali and dia siap check bilik air bawah sekali, dia kata takda org sahut and takda orang pun dalam bilik air. aku syak fatin tak jenguk pun bilik air sebab dia jenis penakut masuk dapur sorang sorang and aku memang tak dengar langsung orang panggil nama aku banyak kali. atau sebabnya aku busy nyanyi. hahh!! kan aku nyanyi takkan tak dgr suara aku yg merdu ni? kan? even diaorg kata memang dh cari siap bukak semua pintu bilik pintu almari tapi kakak takda. ha ha ha , jeng jeng jeng
tapi mmg aku duduk dalam bilik air, mungkin lama sangat kot aku duk sana. perempuan biasa ah semua benda dia nak belek diri. pelik, aku hilang dlm rumah dalam bilik air pulak. memang nak kene gelak beribu kali :P
 


Monday, December 10, 2012

BEASTLY

hi.
tajuknya memang ada kene mengene ngan entry yang ini ini. haha.
disebabkan kat rumah takda HBO dan dikampung ada *sebelah papa* so sepuasnya taram HBO pack dia, sampai jeh kampung terus melongo depan tv tengok movie. sedih kan? mama kata dia taknak beli ada banyak sebab. sebab pertama ada budak, sebab kedua kitaorg malas belajar. hah, senang jeh sebab mama. hahaha. okay lupakan. harituh *semalam* tertengok info ada cerita "Beastly". mula mula tuh macam bengong kejap, mesti boring gilo citer nih takpun cerita zaman purba. euw. sekali bukak ada mamat handsome nama Alex Pettyfer. perghhh!! mamat nih dalam citer "I Am No4" tuh! handsome sangatt!! hahaha.
sebelum
 

selepas
 
selamanya kacak. ah~


okay, seterusnya.
cerita ini mengisahkan Kyle (Alex) anak orang kaya yang berlagak dan suka mementingkan paras rupa kerana dia dilimpahi dengan kekayaan maka dia kekurangan kasih sayang dari ayah dia. disebabkan itu, dia suka membuli pelajar pelajar yang hodoh dan tidak setaraf *anak orang miskin* di sekolahnya. so, dekat sekolah dia ada pemilihan 'green president apa tah' ala ala nak mencari 'king&queen' for prom night laa. then, ada satu budak kat sekolah dia nih yang belajar vodoo. dia memang selalu gaduh dgn Kyle nih sebab dia terlalu berlagak dan sombong, so one day Kyle ajak dia keluar prom day and dia pun setuju. tapi si sihir nih tahu Kyle nak kenekan dia, so dia macam ala ala prepared nak bagi sumpahan kat Kyle laa kan. time prom tuh, Kyle jumpa dgn Vanessa hudgen tah apa nama watak dia berkenalan laah dua ekor tuh then tangkap gambar sebagai kenangan and what-so-ever-la.. hahaha. harap maaf aku memang tak suka dia since dia berlakon high school musical lagi. so taknak ambil tahu dan kisahnya. bhahahaha. okay, fokus. berbalik kepada cerita tadi, Kyle nak malukan si sihir nih tapi si sihir nih ambil langkah lebih pantas dari Kyle dengan sumpahann yang Kyle akan jadi hodoh untuk setahun dan dia mesti jumpa orang yang cakap "saya cintakan awak" kalau tak kekal selamanya...

seterusnya,
Kyle nampak Vanessa tuh duduk kat rumah buruk *ala ala flat* and hidup dia dalam suasana yang bahaya and Kyle pun tahu yang hanya perempuan tuh sorang jeh boleh selamatkan dia dari sumpahan tuh..so disebabkan perempuan tuh ada conflict ngn ayah dia, Kyle tolong jamin ayah dia dgn syarat perempuan tuh mesti tinggal dekat rumah dia.. so dia pun pi hantar anak dia.
tapi dia tak bagi cikgu ngn bibik dia panggil Kyle dia suruh pi panggil Hunter. dan perjalanan cerita pun makin menarik dan menarik...

Kyle cuba pelbagai cara nak kawan dgn perempuan tuh, sampai tiap hari Kyle akan bg breakfast and bagi hadiah tapi perempuan tuh tak suka. perempuan tuh pernah cakap pasal surat cinta or something. so one day, tergerak hati kyle tulis tapi dia tak pernah bagi pun, dia simpan semua surat tuh. romantiknya Kyle nih yang tak pernah langsung sentuh apa apa pun cuba bertukang, buat green house kat rooftop rumah dia khas untuk perempuan tuh. so satu malam tuh, Kyle tengah duduk depan tv tengok cerita korea tp no subtitles, perempuan nih pelik ah mamat nih belajar bahasa korea ke? Kyle cakap ah yer so diaorg pun cuba buat dialog diaorg reka sendiri. Kyle dengan berani tunjuk muka dia yang hodoh tuh, tapi perempuan tuh sikit pun tak jerit keh pengsan keh sebab dia hati mulia *bluekk muntah satu baldi* so Kyle yang selalu gaduh dgn cikgu dia yang buta tuh tergerak hati nak belajar sebab dia nak bersama ngn perempuan tuh. so diaorg start class kat green house tuh dengan poem 'having a coke with you' okay part nih sangat sangat sweet.. haha *i hate you Vanessa*

next,
cinta berputik, masa tak cukup dah nak hampir setahun and perempuan tuh pun nak kene pergi dari sana. sebelum perempuan tuh naik train, Kyle bg surat cinta yang dia tulis so perempuan tuh baca dlm train ah. Kyle menghilang kan diri, rasa malu. taknak jawab panggilan perempuan tuh. bla bla bla.
ending diaaaa? malas nak tulis lagi. bye

conclusionnya : romantic :)