Friday, November 30, 2012

Twilight Saga: Breaking Dawn Part II

hai
okay, semalam pi tengok Breaking Dawn part II yang aku tunggu . mueh mueh mueh. kelakar. 
tak merancang mana, cuma ada few yg datang tengok sama sama. credits to them, im touched :)
bhahaha. tolong la ain, nak drama eh eh?
okay 
sebenarna tak tengoklagi part I yang agak menyedikan bagi saya sebagai bekas pelajar SPM . heh heh heh.
the night before nak tgk tuh, cari habis pelusuk google tengok. hahh!! ada ada ada!! 
tengok.... feeling... kay aku rasa nak kahwin dgn edward. hahaha
*blushing* *malu*
then, beli tiket. lepak sat kat luar sebelum masuk and diaorg tanya aku punya KPP class. gila weh 5 jam kot? before break mmg aku rasa tertekan sangat, kenapa laa pakcik nih guna ayat baku oi! guna ayat biasa sudah la. tension tension
but lepas break baru okay, agaknya sebab lapar kot. okay, skipped bahagian tuh. masuk part Bella.
siapa nak jadi Bella? saya saya saya!! saya memang nak jadi Bella!!!
hahahahha.
puji Bella sikit la, tak sangka omputih boleh virgin sampai kahwin kan kan. okay jgn anggap aku fikir bukan bukan, kebiasaanya omputih sampai 16-17 tuh mmg.......... kay sakai
and satu lagi! 
dia date ngn edward pun macam kat hutan hutan *meme la ain, edward kan vampire*
okay positive side macam mementingkan alam semula jadi.
macam tempat biasa Edward bawak Bella bila diaorg lepak, and rumah Bella ngn Edward yg amat cantik dalam hutan.
sangat cantik
teramat cantik.
sangat
haha
*Edward*
tempat playground diaorg laa kot. vampire kan kan.
mueh mueh mueh :3

tapi kan tak sangka perlawanan yang ku sangka sangka kan terlalu hebat rupanya hanyalah khayalan si Aro tolol. bhahahaha. aku siap pi tepuk tangan lagi kepala Aro tercabut and sangat sedih part Aro pi cabut kepala Carlisle, muka Edward terus berubah. ahh takutnyaa!! mana Edward yg kacak tuh?
and Bella punya super power memang awesome.
self-defense 
power power
patut la Edward ngn Aro tak boleh baca mind dia
ahh watak tertinggal
Jacob ngn Nessie
alaaa awat Nessie lawo bebenor nih. lawa gilaa
paling suka rambut diaaa!! curl! hahaha 
Jasper macam biasa bertambah handsome, eh perasan satu tak? vampire muka semua bersegi kan? mcm Edward muka segi , Jasper, Emmet, Elazaor even Aro
wow, muka kacak tuh. hahahaha.
and ada satu watak yang memang comel sangat sangat!! Benjamin. alolo cute betul la pakcik arab nih. hahaha
kay bla bla bla
part ending paling sedih doo
dengan lagu thousand years part II
memang padan sangat, nangis. emotional jeh aku nih. sedih betul :'(
TWILIGHT dah habis :(
and cerita aku pun habis. haha. bye
benjamin. cute kan hahaha
EDWARD CULLEN. saya punya!! hahaha
RENESMEE CULLEN or NESSIE .
 BELLA CULLEN 
"I was born to be a vampire"
and aku? heh good for you kat Malaysia takda blood sucker yang ado Pontianak perempuan -.-
 JACOB. 
"creepy red eyes"
Alice and Jasper.
rasanya nama dia stefan or otherwise. ada kwn dia satu lagi, kelakr doo kalau part diaorg.
diaorg memang tak suka Aro sampai nak gaduh perang ahh, sempoi
 suka sangat tempat nih. cantik!! okay ending nih la buat aku nangis. 
and lagu dia..... ah 

FOREVER.

Wednesday, November 28, 2012

atonement

hai. spm dah habis. excited. yup. hahaha. okay, semalam or a few days a go la kan. tengok cerita nih dekat diva, mula mula nampak macam bosan tetapi plot dia makin lama makin menarik perhatian. dengan pelakon ex-spiderman jadi Robbie. sangat nice and keira nightley sbg cecelie ,,,, gituh ah ejanya. and watak adik dia which aku meme tak kenal. briony.
movie nih based on novel rasanya, sangat touching. sebab cerita tentang kejujuran dn keberanian seorang adik iaitu Briony yang cemburu dengan percintaan kakaknya, Cecelia dan Robie. Robbie nih dia lebih kurang mcm bibik laa kat rumah agam dua adik beradik tuh tp sebab dia pandai, ayahnya Cece ngn Briony nih hantar dia masuk U dlm bidang medic la. then, kakak dia cemburu dgn Robbie sebab dpt apply U famous tuh. mula dengan perli memerli. then, one day Robbie tergerak hati nak tulis surat kat kakak dia, yg dia dah jatuh cinta dgn kakak dia dah lama. tp mmg bongok Robbie pi suruh Briony hantar surat kat kakak dia. dalam diam Briony suka dekat Robbie tp syg Robbie lebih suka kakaknya. plot berkembang bila abg diaorg balik bwk kawan and at that time sepupu diaorg tumpang duduk rumah tuh sebab ayah diaorg gi perang. sepupu dia yg perempuan, ntah nama apa bengong tuh gatal sebenarnya. dia ada skandal ngn kwn abg diaorg. sbbkan kes diarg nih. Robbie ngn Cece putus. yang aku bengang nya baru nak start relation tuh adik dia buat hal tuduh Robbie pi rogol sepupu gatal dia tuh. padahal Robbie pi cari budak kembar adik kepada sepupu gatal tuh. tak pasal pasal Robbie kene tangkap masuk penjara. masa nih memang sedih, adik dia mula ingat balik perkara yg terjadi after 10 years. kira ah kan, memang anak pun deret dapat dlm 10 years tuh. dia mula tulis surat kt kakak ngn Robbie pasal kesalahan yg dia buat tapi! time nih dia masih takut untuk jumpa kakak dia and even Robbie. aku kene tipu hidup hidup bila Briony dgn berani pi jumpa kakak. rupa rupanya Briony cuma reka cerita untuk kakak dia ngn Robbie how's it ended. mcm happy forever after laa. sedih gila masa nih, kakak dia dah mati setahun yang lalu and Robbie pun mati juga 3 bln lepas kakak dia mati masa tga perang. memang sedih, mcm mana dia ckp yg diaorg tinggal satu rumah kat tepi laut hidup berdua tanpa sesiapa yg menganggu. so, pengakhirannya Briony masih lagi takut untuk minta maaf dgn kakak dia, and menyesal. thats all. mueh mueh mueh. aku citer tak best kan. ah! shut up -.-
i love this dress so much. Cece
Robbie
Briony yang ngada ngada





Thursday, November 1, 2012

FORM 5.

hai,
hahaha *awkward* hmm, baru balik dari sekolah. and ohyaa!! harinih last day sebagai seorang pelajar SMKRM, seorang pengawas pusat sumber and pelbagai lagi. hmm, its cool. hahaha. nope, sedih. haha, sedih sebab semua salah faham yang berlaku selama ini, akhirnya berakhir juga hanya dengan "aku mintak maaf dgn apa yg jadi sebelum ini and aku bersalah" and the other side *faiz* menangis. kita orang pun *me and fattin* just... okay cerita dia macam ini :) *jom*

musim hujan (semalam hujan lebat sangat)
lambat sampai sekolah harinih, bangun lambat. and ohyaa!! harinih birthday papa. HAPPY BIRTHDAY PA <3 tapi dah kene marah awal awal pagi sebab bangun lambat. hujan, sedap jeh tidur. and macam biasa kalau dah hujan terlalu kerap, jadi banjir lah kat longkang besar taman sentosa tuh. sangat dalam airnya. sampai satu tahap dh tak tahu mana satu jalan mana satu longkang. so, jammed kat exit bandar puteri tuh. papa pun mengamuk sampai asyik hon pin pin orang. then, kene marah as usual lah kan.

sesampainya di sekolah:-
ahh!! nasib baik dtg awal sikit, time semua orang tengah berdiri and perhimpunan baru nak bermula. kalau tak kene boomm dengan Pn.Mahani sebab datang lambat. sebab jammed! then, just talk and laughing and gossiping. hahaha. then, cikgu cakap akan panggil 20 orang murid, cikgu bagi taklimat pasal kedudukan kelas, susunan meja and kebersihan kelas. as usual, sama macam form 3. dapat kelas yang sama. cuma kedudukan yang berbeza, ohh! lupa serpekara angka giliran saya : BA049A073 , and dapat meja hujung kelas and bersebelahan dengan arina. haha. tiap tahun pun akan macam nih. so, feeling nak SPM. debarannya kian terasa. we study for a while *sejarah* and mula lah terpengaruh nak tangkap gambar semua, okay. tangkap gambar dengan pelbagai aksi *masa nih semua gila pose*

then, rehat.

pengumuman bagi pelajar tingkatan 5, majlis restu guru akan berlangsung :
ahhh!! my bag!! tinggal dalam kelas dengan gopoh gapah. berlari naik tangga and i almost fell. nasib waa sempat pegang orang depan. haha. lari ambil beg. then, majlis bermula dengan sumbangan ... *tak ingat* yang ingat dia orang kelantan tanya apa hak rakyat and everything. pop quiz kot. then, farehah and denish *tak tahu eja, sounds 'D' gituh*  wakil bagi pihak para pelajar untuk berucap. sedihnya, masa farehah cakap 'terima kasih cikgu kerana terima apa jua perkara yang kami lakukan" "terima kasih cikgu kerana bersabar dan tabah melayan karenah kami". masa tuh belum nangis tapi feeling dah lain sangat. huu
then, cikgu minta semua pelajar berdiri dan bermula dengan kelas 5P1 untuk naik ke pentas dan bersalaman sesama guru. masa tuh memang nak nangis *belum nangis lagi, nak jeh baru* then dengar budak lelaki nyanyi lagu SMKRM dalam nada yang sedih. masa tuh peluk kawan kawan. sampai giliran fattin jeh, hati tanya. is this the end? masa tuh memang tak tahan, terus nangis tanpa henti. then, semua muka pun berubah. hahaha. cakap "chira, jgn nangis!" "muka kau merah!" "kau sengaja buat hati batu menagis kan chira?" sengal betul korang nih! aku rindu semua perkara kat sekolah tuh. "belajar bermain bersama" dari form 1 until form 5 berjuang dalam sekolah tuh. jumpa kawan baru jadi geng. and ending dia cukup bermakna :) TERIMA KASIH KAWAN <3

giliran tingkatan 5S2,
semua beratur, tapi aku salam dulu cikgu Norlizah cikgu Mahani cikgu BM *lupa* sedihnya datang bila, peluk cikgu Norlizah. masa tuh, cikgu maafkan segala salah silap saya :'( cikgu peluk cakap "saya doakan kamu buat yang terbaik" pendek tapi cukup terkesan dalam hati. then, sebelum naik pentas dgn mood **** haha, boleh pula jatuh depan tangga tuh. hahaha. then, sampai kat cikgu Rohana..... aku pegang kuat tangan dia... dia cakap " ain, cikgu doakan kamu sihat tubuh badan, jaga kesihatan kamu, jangan asyik nak layan demam jeh, buat yang terbaik, sebelum nak jawab baca doa dulu, percaya dengan diri saya boleh lakukan" Ya Allah, masa tuh tak tahu nak cakap apa, sebab gamam air mata jeh jatuh dengan laju. sedihnya....
cikgu yang banyak berjasa, dialah sebab math aku yg dpt C D boleh dpt B. TERIMA KASIH CIKGU :)
sampai kat cikgu Norazah. menangis lagi!! lagi kuat aku nangis sebab, time dia nak ajar jeh kitaorg nak main game. last last tak belajar. sampai cikgu kecil hati ngan kitaorg sampai lari. MAAFKAN KAMI CIKGU :D
"saya akan rindukan anak murid saya yang nakal ni. buat elok elk BM, biar dpt A+ . saya belanja"
hahahaha. saya pun akan rindu kan cikgu :) then, cikgu Noraidah. cikgu marah tengok aku nangis. cikgu time nih feeling laa! hahaha. cikgu siap pukul lagi kot. dengan tegas " ain! jangan lupa jawab past year punya question! ingat apa saya ajar dulu, jgn buat careless mistake lagi.! jangan lupa solat!" haha, cikgu nih memang laa cool :D
tapi hanya satu cikgu yang tak ada. cikgu EDZ . dia tak tahu, yang pasti takda. takpa lain kali mintak maaf dgn cikgu.

turun jeh dari stage:
cari cikgu add math yang comel comel tuh, haha. cikgu AIDAWATI. salam peluk cikgu marah lagi "ain jangan buat careless mistake! jangan buat jalan kira separuh jeh, kasi habis. jangan tinggal separuh!" haha, then cikgu suruh bagi buku dekat semua pelajar. and semua pelajar termasuk lah faiz dgn azryl punya buku. fikir, bila lagi nak minta maaf? sampai bila taknak bertegur sapa? ambil tindakan drastik, minta maaf dgn faiz. masa tuh faiz muka baru lepas nangis. haha. aku hulurkan buku tuh, dia ambil tapi aku tak lepas. aku cakap "faiz, aku minta maaf" and he just start crying covered his face dgn saputangan doeramon tuh. aku ngan fattin nagis juga, bertiga nangis. haha. cuma tinggal satu jeh lagi. azryl. ambil masa lama lah juga nak cakap practice minta maaf semua. hulurkan buku and just say " aku minta maaf" he nodde and reply " aku pun bersalah, aku minta maaf juga" masa tuh fattin menangis gila punya, aku? cool kejap. just smile and "thanks for everything, goodluck, buat elok elok" dia cakap "kau pun, sekarang kita kosong kosong kan?" senyum.
masa tuh hati yang gundah gulana, hilang. oh rupanya, maaf memainkan peranan penting dalam persahabatan. maaf boleh mengeratkan balik hubungan yang hampir terputus. syukur Ya Allah :D

hmm, lastly majlis perpisahan bagi pengawas pusat sumber,
lebih happy tanpa mood mood nak berendam air mata. haha, tapi muka cikgu nampak sedih. cikgu Sharifah Madina. cikgu sedih nak lepaskan kitaorg eh? haha, ayat poyo. ucapan, tangkap gambar and makan. cikgu sponsor cake eh? thanks. sedap sangat :D *chocolate cake*
then, dh habis suap menyuap semua. nak balik dah. sedih, cikgu sengaja buat busy kemas meja, padahal tahan dari menangis. salam cikgu peluk cikgu, cikgu cakap dah dah pergi balik. cikgu cikgu, cikgu jangan nangis. amirul ada, dia akan jaga cikgu. cikgu terima kasih atas semua ya? :)

oh ada cerita tak pasal si Nepal? aku minta maaf ngn dia. eh sempat pula dia perli aku. tapi aku tak lupa dengan serangan balasan, haha. cakap kecil hati aku kau panggil nama manja aku indon. sedih tahu tak! muka panic. weh sorry la. ala aku tak bermaksud pun nak kecil hati kau, dah jangan nak buat drama berendam mata dengan aku. eeeee~ tolong la! siapa nak nangis dengan kau. arina jehla yang nak. hahaha.

and semuanya berakhir. berakhir jadi budak tingkatan 5 :)